Soo Wincci Tak Marah Disabotaj B1A4? |
|
|
| Monday, 01 October 2012 16:05 | |||
|
Penyanyi Soo Winci disabotaj oleh kumpulan idol dari Korea, B1A4 semasa membuat persembahan di konsert The One anjuran radio rangkaian Media Prima iaitu One FM yang berlangsung pada malam Sabtu lalu. Kalau anda belum kenal siapa Soo Wincci, dia juga merupakan seorang pelakon yang semakin dikenali dikalangan penonton Melayu sejak muncul dalam program MasterChef Selebriti Malaysia, yang lalu.
Nak dijadikan cerita, pada ketika itu giliran Wincci membuat persembahan duet bersama Cindy. Mereka mendendangkan lagu Alone (yang dipopularkan oleh kumpulan Sistar) dan Like A G6 (Far East Movement). Tapi malangnya, sewaktu baru saja hendak mempersembahkan dua lagu terakhir iaitu Bubble Pop (Hyuna) dan Umbrella (Rihanna) tiba-tiba kumpulan yang dinanti-nanti ramai, B1A4 muncul dari belakang pentas. Apalagi, perhatian ribuan yang ada ketika itu serta merta tertumpu pada kumpulan yang dijadualkan membuat persembahan kemuncak akhir konsert nanti. Bukan main gamat lagi lah peminat bersorak tatkala melihat lima anak muda yang kacak itu menghampiri mereka .
Bercakap menerusi panggilan telefon dengan Soo Wincci, bekas Miss World Malaysia ni berkata dia bagaimanapun tidak berasa disabotaj malah lebih bersemangat sebaik saja melihat kumpulan yang popular dengan lagu Baby I'm Sorry itu muncul secara tiba-tiba di hadapan pentas. Sementelah konsert yang diadakan sebagai acara kemuncak malam itu turut dihangatkan lagi oleh barisan artis Cina terhangat lagi sensasi seperti ManHanD, Da Monster, Welbird, Zac, Victor, Vivian, Kopi, Kvinx, Gina serta satu lagi kumpulan idol, A Pink. Acara penuh meriah itu dihadiri kira-kira 10 ribu pengunjung yang tidak putus-putus datang sejak dari pagi lagi dan berakhir kira-kira jam 11.30 malam.
- foto kredit One FM facebook , video kredit Newskaki.com - mD
|














.jpg)











