|
|
|
Monday, 01 October 2012 18:10 |
.
Majlis kahwin paling mahal! Bintang pop Janet Jackson dikhabarkan akan melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya yang juga seorang jutawan berasal dari Timur Tengah bernama Wissam Al Mana. Malah, dengar-dengarnya majlis pernikahan yang akan diadakan di Doha, Qatar, tidak lama lagi itu akan menelan belanja sebanyak USD20 juta (lebih RM60 juta). Wow.
Memetik laporan ShowbizSpy hari ini, pernikahan itu nampaknya akan menjadi salah satu pernikahan termahal yang pernah diadakan.
"Mereka telah merancang untuk bernikah pada 2013. Namun buat masa ini tarikhnya masih difikirkan," kata sumber yang dekat dengan pasangan itu.
Difahamkan paada majlis itu nanti, pasangan tersebut akan mengundang 500 tetamu. Bahkan pasangan ini membelanjakan sebanyak USD3 juta untuk menerbangkan tetamu-tetamu mereka yang akan datang dari serata dunia itu. Wow, wow...
Wissam juga akan memberikan seutas jam tangan Rolex bernilai USD10 ribu kepada setiap tetamu yang hadir sebagai cenderamata. Sekali lagi, wow, wow, wow... dan kami memang tidak meletakkan sebarang harapan untuk menerima kad undangan dari mereka.
Adik kepada mendiang Raja Pop, Michael Jackson, itu mula menjalinkan hubungan dengan Wissam sejak 2010. Meskipun Wissam jauh lebih muda hampir satu dekad dari selebriti itu, namun ia tidak langsung menghalang percintaan mereka hingga ke jinjang pelamin. Cewah.
"Ibu saya selalu menasihatkan supaya percaya bahwa usia hanyalah angka. Begitu juga dengan adik beradik serta ahli keluarga saya yang lain," ujar selebriti berusia 46 tahun itu.
Manakala dalam satu laporan berasingan menyebut, Wissam mahukan mengadakan majlis besar-besaran apabila berkahwin dengan buah hatinya itu. Dan mahu menjadikan perkahwinan mereka sebagai satu sejarah abad ini.
- mD
|