Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Isu Tatu di Kaki: Amanda Imani Beri Penjelasan

Print E-mail
  
Tuesday, 02 October 2012 01:19

..

Susulan baru-baru ini satu laporan menerusi ruangan pojok sebuah akhbar pada Ahad lalu, mempersoalkan lakaran tatu pada kaki penyanyi Amanda Imani.

Bercakap kepada portal mStar, tuan punya badan menjelaskan lakaran tatu yang terdapat pada kaki kirinya hanyalah sekadar pelekat tatu hiasan yang tidak kekal.

Penyanyi berusia 21 tahun itu berkata, ia merupakan pelekat yang dipakainya sebagai aksesori ketika mengadakan persembahan pentas dan boleh dibuang pada bila-bila masa dan ia bukanlah tatu kekal seperti mana yang diperkatakan.

Amanda juga memberitahu tatu hiasan itu merupakan hadiah pemberian rakannya. Dia juga turut berasa lucu apabila ada orang yang memerhatikannya sampai ke buku lali.

Sementara itu, dalam perkembangan terbaru, Amanda bakal mengarah sendiri klip video lagunya iaitu, Fobia Cinta buat pertama kali.Walaupun tidak berpengalaman di bidang pengarahan, Amanda menganggap ia sebagai satu cabaran untuk melihat sejauh manakah kemampuannya di bidang itu.


- mD

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.