Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Luniey Pilihan Apex, Harap Hubungan Hingga Ke Jenjang Pelamin

Print E-mail
  
Tuesday, 02 October 2012 09:41

..

Gosip hubungan antara penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dengan gadis bernama Luniey yang bertebaran sejak beberapa bulan lalu, akhirnya kini terjawab.

 

“Hubungan kami bukan lagi rahsia." Itu pengakuan Khairul Fahmi Che Mat menjelaskan status terkini hubungan beliau dengan model jelita, Nur Eiluniey Natasha Nazri atau Luniey.

Memetik kenyataan di Sinar Harian, Khairul Fahmi atau dikenali Apex mengakui hubungan beliau dengan model SimplySiti berusia 21 tahun itu kini melangkah ke fasa yang sangat istimewa sebagai pasangan kekasih.

“Seperti mana tersiar dalam sebuah akhbar tempatan kelmarin, saya akui kebenaran cerita tersebut. Memang tak dinafikan hubungan saya dengan dia bukan lagi sekadar kawan biasa. Dalam erti kata lain, hubungan kami ini lebih daripada itu.

“Saya kenal dia apabila digandingkan bersama sebagai model iklan minyak wangi SimplySity beberapa bulan lalu. Selepas itu, kami mula berkawan rapat sehingga mencetuskan hubungan istimewa ini", katanya yang turut memberitahu hubungan mereka mendapat restu dari keluarga kedua-dua belah pihak.

Mengenai perancangan untuk berkahwin, Apek berkata dia berserah kepada ALLAH SWT. Tapi yang pasti, bila tiba masanya nanti dia akan berkongsi dengan semua pihak
 
Tambah Apex, sudah tiba masanya beliau membuat pengakuan terbuka mengenai hubungan istimewanya dengan Luniey bagi mengelakkan disalah tafsir banyak pihak.

“Sebelum ini orang sering anggap saya sebagai playboy, apabila saya keluar dengan perempuan itu, perempuan ini. Bila saya beritahu perkara ini, saya harap orang akan faham dan tidak akan bercakap perkara yang bukan-bukan mengenai kami,” katanya.

Mengulas sejauh mana perhubungan mereka, Apex berkata, Luniey seorang wanita yang begitu memahami karier bola sepak beliau dan tidak sesekali mengganggu tumpuannya sama ada ketika mempunyai tugasan bersama skuad Kelantan atau pun kebangsaan.

“Kami sibuk dengan kerjaya masing-masing. Saya dengan bola sepak, dia pula dengan perniagaan butik pengantinnya. Hanya telefon dan medium internet menjadi penghubung di antara kami ketika ini,” katanya.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.