Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Aidil Bakal Ceraikan Rita, Makin Intim Dengan Jue?

Print E-mail
  
Tuesday, 02 October 2012 11:05

..

Ini satu lagi cerita bintang sukan dan ada kaitan dengan artis. Akhbar Utusan hari ni menyebut, hubungan antara pemain bolak sepak kebangsaan, Aidil Zaquan dengan pelakon Jue Aziz dikatakan sudah semakin serius sekarang.

Lebih mengukuhkan dakwaan, hubungan mereka khabarnya memasuki fasa memanggil dengan panggilan sayang-menyayang, begitu. Amboi, romantik. Dan kalau tak sayang, masakan Aidil sanggup membeli jam tangan berjenama mewah di pusat membeli-belah Pavillion baru-baru ini. Katanya, hadiah tu sebagai hadiah sebab Jue merajuk. Hamboiii...

Kalau benarlah seperti yang didakwa, kami pun bukan kisah sangat dan tak kisah pun mereka nak bercinta sakan. Cuma bukankah kesnya belum lagi selesai? Mana tanggungjawabnya pada isteri dan anak-anak yang ditinggalkan terkapai-kapai tanpa wang perbelaan yang wajar.

Belum sah bercerai, sudah pasang kelasih baru yang juga satu industri tahu tentang hubungan terlarang mereka. Tak payah nak sorok sangatlah, sebab nanti kalau kantoi, lagi malu besar.

Bukanlah mahu menyebelahi pihak lagi satu, tapi ikut logik akal cara dan tindakan Aidil ni nampak sangat dia lelaki yang tidak pandai menyelesaikan masalah peribadi juga rumatangga dengan berhemah.

Khabar terbaru, Aidil akhirnya bakal menceraikan Rita dalam masa terdekat ini. Khabarnya surat permohonan untuk bercerai sudah dihantar Aidil kepada peguam Rita sehari dua lalu. Kita nantikan saja keputusan mahkamah.

 

- mD

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.