Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Alyah Fobia, Enggan Komen Soal Hubungan Dengan Ramli MS

Print E-mail
  
Tuesday, 02 October 2012 13:27

..

Sehingga hari ini Alyah memberitahu dia masih fobia dengan lampu ekoran insiden dihempap lampu acara (spotlight) yang dialami Sepetmber lalu, hingga menyebabkan kecederaan pada bahagian belakang badannya.

Memetik kenyataan di mStar, penyanyi berusi 31 tahun itu berkata, insiden yang berlaku pada majlis rumah terbuka Hot FM di Sri Pentas, Petaling Jaya itu membuatkan dia berasa takut dan gelisah ketika berada di lokasi sesebuah persembahan.

Menurutnya, perasaan trauma, berasa kurang selesa dan takut-takut itu akan datang secara automatik apabila dia berada di belakang pentas atau lokasi sesebuah persembahan.

Pada kejadian 14 September lalu, penyanyi yang sedang popular dengan Kau Yang Terindah itu dikejarkan ke Pusat Perubatan KPJ Damansara dekat sini selepas sebuah lampu acara terbalik lalu terjatuh ke atas belakangnya pada majlis rumah terbuka berkenaan.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi itu, lampu yang ditempatkan di ruang legar stesen penyiaran untuk acara tersebut dikatakan telah dilanggar oleh seseorang menyebabkan ia terjatuh atas badan Alyah.

Walaupun keadaannya beransur baik, tapi Alyah kini masih lagi menjalani pelbagai proses pemulihan termasuk menjalani proses fisioterapi dan rawatan tradisional cara Cina.  Bagaimanapun Alyah menjelaskan kecederaannya itu tidak serius dan tidak mengakibatkan dia menjadi lumpuh seperti yang didakwa.

Mengenai perkembangan hubungannya dengan pengarah muzik Datuk Ramli MS, Alyah berkata hubungan mereka itu masih ada namun tidak mahu memikirkan mengenai perkara tersebut. Apatahlagi mahu bercerita lanjut pada waktu ini kerana mahu memberikan keutamaan kepada urusan kerjaya dahulu.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.