Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Cabaran Bikin Filem Dalam Masa 48 Jam, Kembali!

Print E-mail
  
Wednesday, 03 October 2012 01:28

..

Pertandingan khusus untuk bakat dalam pembikinan filem, The 48 Hour Film Project (kl48hour) 2012, kini kembali! Memasuki tahun ketiga ianya diadakan, pembikin filem di seluruh negara akan bersaing sesama mereka dalam usaha membuktikan, siapakah yang mampu menghasilkan filem pendek dalam masa dua hari saja.

 

Pertandingan bertaraf antarabangsa ni mula diperkenalkan pada tahun 2010 dan mendapat sambutan hangat di kalangan pembikin filem juga peminat filem tempatan.

Lebih menarik, filem yang dinobat sebagai pemenang akan bersaing pula bersama juara lain dari seluruh dunia.

Tahun ini mulai 5 hingga 7 Oktober, para pengarah filem akan mula menghasilkan-mengilham,mencipta,mengarahkan, menyunting sebuah filem pendek, dalam tempoh 48 jam.

Hasil cabaran kali ini akan diadili oleh penerbit dan pengarah filem terkenal, Julia Fraser, Ken S. Yap dan Shukor Kadir.

Kemudian pemenang KL48HFP akan bersaing bersama 114 lagi filem lain Terbaik bandar-bandar di seluruh dunia pada Filmapalooza 2013 di Hollywood, Amerika Syarikat.

Malah filem terbaik di Filmapalooza akan ditayangkan di Festival Filem Pendek di  Cannes.

Bukan itu saja, penerbit Filem Terbaik juga akan memenangi dua tiket penerbangan ke Filmapalooza serta dana penggambaran sebanyak RM30,000 daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS)

Sebelum itu, filem terbabit akan ditayangkan di Cineplex TGV di Suria KLCC, Kuala Lumpur pada 13 Oktober 2012. Dan majlis penyampaian anugerah akan diadakan di Menara Kuala Lumpur di Jalan Raja Chulan, KL pada 14 Oktober 2012.

Projek ini bermatlamat untuk memartabatkan pembikinan filem, disamping mempromosikan  pembikinnya. Secara tidak langsung pembikin filem digalakkan untuk keluar dan cuba menghasilkan filem.

Dalam tempoh 48 jam yang diberikan, pembikin filem harus memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kemahiran kerja berkumpulan dan kreativiti. Ia turut membolehkan mereka bekerja, bukannya bercakap semata-mata.

Kepada yang berminat menyertai pertandingan ini boleh layari http://www.kl48hour.com.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.