Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Polis Minta Rasuah, Tyzo Lapor Kepada Ketua Polis Negara

Print E-mail
  
Wednesday, 03 October 2012 01:37

..

Percubaan seorang anggota polis trafik yang ingin meminta sogokan daripada Tyzo bakal menerima padah apabila penyampai radio Suria FM itu telah melaporkan perbuatan tersebut kepada pihak atasan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Bukan sahaja pada PDRM, malahan dia turut memaklumkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut kenyataan di mStar, Tyzo berkata, dia terpaksa melakukan tindakan tersebut semata-mata untuk menyokong usaha pihak PDRM bagi membanteras kegiatan tersebut khususnya melibatkan anggota mereka.

Menceritakan semula insiden tersebut, Tyzo memberitahu kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan untuk menghadiri sebuah mesyuarat dan ditahan dalam satu sekatan jalan raya di sekitar Jalan Sunway dekat sini, kira-kura pukul 12 tengah hari pada Isnin lalu.

Dia ditahan kerana kesalahannya memandu kenderaan menggunakan cermin gelap dan anggota polis berkenaan memberi pilihan sama ada untuk menyelesaikan kes tersebut dengan memberi sogokan ataupun mengeluarkan saman.

Bagaimanapun selepas memohon maaf kerana kesalahan itu, anggota polis tersebut tetap menyuruhnya membuat pilihan yang ditawarkan sehinggalah Tyzo terpaksa memberitahu dia adalah petugas media dan akan melaporkan perbuatan itu kepada pihak atasan PDRM.

Terkejut dengan penjelasan itu, anggota tersebut segera melepaskannya begitu sahaja tetapi Tyzo berkata dia sempat mencatat nama dan nombor badannya

Katanya lagi, selepas memikirkan beberapa perkara, dia telah menulis mengenai peristiwa itu lalu mengirimkannya kepada pihak atasan PDRM termasuklah Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menerusi e-mel serta pihak SPRM.

Dia mendapat respons yang positif apabila seorang pegawai kanan polis dari bahagian tatatertib, Bukit Aman telah menelefonnya untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian itu manakala pihak berkuasa SPRM turut mengambil langkah serupa.

 

- mD

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.