Nafi Gosip Panggil Aidil Sayang, Akui Kenal Penyebar Fitnah |
|
|
| Wednesday, 03 October 2012 08:47 | |||
|
Pelakon Jue Aziz enggan mengulas mengenai gosip berkenaan dia dikatakan semakin intim dengan Aidil Zafuan. Menerusi kenyataan di akhbar Kosmo hari ini, Jue berkata gosip tersebut mengarut dan tidak betul. Menurut Jue, dia sendiri tidak tahu apa-apa dan sebab perkara itu boleh berlaku. Malah dia yang mengetahui siapa dalang di sebalik cerita tersebut dapat merasakan yang penyebar fitnah itu gembira dengan membuat cerita-cerita seperti ini. Jelas Jue lagi, dia tidak tergamak berbuat demikian memandangkan 'orang itu' mempunyai anak-anak masih kecil tambahan masalah dengan suami. Tidak mahu dikatakan zalim, jadi dia memilih untuk berdiam diri.
- mD
|












.jpg)











