Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Puteri Sarah Mengaku Cium Pipi Amar

Print E-mail
  
Thursday, 04 October 2012 03:13

..

Ramai sedia tahu dua pelakon muda ini merupakan pasangan kekasih. Kemana sahaja mereka pergi sama ada di luar atau menghadiri majlis hiburan, kemesraan mereka sering ditonjolkan.

Namun beberapa hari ini timbul cerita yang kurang enak di dengar Puteri Sarah dikatakan telah mencium pipi kekasihnya itu di hadapan khalayak ramai. Ini berikutan foto yang telah memperlihatkan pipi Amar yang mempunyai kesan ciuman sepertimana gamabar di atas. 

Laporan sebuah portal menyebut kejadian berlaku ketika Amar Alfian dan Puteri Sarah hadir ke Pertandingan Akhir Hero Remaja, baru-baru ini.

Pun begitu, Puteri Sarah berkata pada media hiburan online, dia ada terbaca di laman Twitter tentang hal tersebut. Sarah mengakui memang dia ada mencium pipi Amar ketika majlis sedang berlangsung. Ketika itu jejaka bertubuh sasa itu mengusiknya, dan terus Sarah menciumnya.
 
Sarah turut menafikan yang adegan bercium itu dilakukan di luar sebelum hadir ke majlis tersebut.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.