Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Hafiz Bertemu Jodoh Dengan Gadis Seberang

Print E-mail
  
Thursday, 04 October 2012 07:58

..

Seperti sebuah cinta pandang pertama, itu kata penyanyi nasyid Hafiz Hamidun yang mengakui telah jatuh cinta dengan seorang wanita Indonesia yang menetap di Mekah selepas pertama kali bertemu ketika menunaikan umrah pada Mac lalu.

Memetik kenyataan di mStar online, Hafiz berkata, dia tidak sangka doanya yang mahu mendapatkan jodoh termakbul selepas melihat kecantikan anak perempuan kenalan kepada rakan kongsinya yang turut berada di situ.

Bagaimanapun, Hafiz akur kerana tidak mungkin dapat berjumpa dengan gadis yang berjaya memikat hatinya itu lebih kerap kerana dia menetap di Mekah dan belajar di sebuah universiti di sana. Sehingga kini baru dua kali mereka bertemu.

Tambah Hafiz, dia telah berbincang dengan ibu bapanya tentang hasrat untuk melamar wanita berusia 20 tahun itu. Dia juga telah membawa keluarganya ke Bandung, Indonesia untuk bertemu keluarga wanita tersebut pada Ogos lalu.

Bagaimanapun beritahu Hafiz, dia enggan terburu-buru sebaliknya mahu mengenali budaya Timur Tengah yang diterapkan dalam keluarga wanita itu agar lebih memahami dan mengenali mereka dengan lebih dekat.

Dia berhasrat untuk menikahi gadis berusia 20 tahun itu pada tahun depan selain mencadangkan kepadanya supaya menyambung pelajaran di Malaysia yang tinggal kira-kira tiga tahun lagi.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.