|
Farahanim Rahim
|
|
Thursday, 04 October 2012 08:26 |
.
Tahniah diucapkan kepada penyanyi Yuna dan Jaclyn Victor @ Jac apabila masing-masing berjaya mendominasi enam pencalonan pada Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM19).
Yuna dicalonkan dalam kategori Kulit Album Terbaik (Terukir Di Bintang), Video Muzik Terbaik (Sparkle), Lagu Pop Terbaik (Terukir Di Bintang), dua lagu menerusi Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Memo dan Photo of You) dan Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu (Terukir Di Bintang).
Sementara Jac juga dengan enam pencalonan dengan dua lagu menerusi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita), (Counting Days dan Jagalah Diri), Lagu Pop Terbaik (Sebelah Jiwaku dan Jagalah Diri) dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Counting Days) dan Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu (Counting Days). Selain, kategori Lagu Etnik Terbaik telah dikuasai sepenuhnya oleh Noraniza Idris menerusi lima lagu nyanyiannya iaitu Endang Endong, Cintaku Satu, Hari Demi Hari, Kuasa Cinta, Mahligai Cinta dan Menarik Hati.
Manakala nama besar seperti Nora, Shila Amzah dan Datuk Siti Nurhaliza turut bertanding dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita).
Dalam pada itu, Stephen Rahman Hughes menerima tiga pencalonan menerusi album berbahasa Malaysia pertamanya termasuk dicalonkan dalam kategori Artis Baru Terbaik dan Persembahan Vokal Di Dalam Album Terbaik untuk lelaki (Bertemu Di Syurga) selain Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu.
Belajar daripada kesilapan tahun lalu, AIM tahun ini hanya diadili oleh penggiat seni yang terlibat secara langsung dalam industri muzik seperti komposer, penyanyi, pemuzik, dan penerbit album. Pada tahun ini juga pihaknya telah melantik 57 orang juri yang diketuai oleh komposer Adnan Abu Hassan bagi menilai setiap pencalonan yang dihantar. Malah juruaudit yang baru telah dilantik supaya penghakiman lebih efisien. AIM19 akan berlangsung pada 17 November ini di Stadium Malawati, Shah Alam, jam 8 malam dan akan disiarkan menerusi saluran ASTRO. Berikut adalah sebahagian daripada pencalonan akhir AIM19; Album Terbaik Hujan - Sang Enemy Nora - Hikmah Pesawat - Take Off Salam Musik - Salam Stacy - Stay-C Vokal Terbaik Lelaki Dalam Lagu Azlan - Idola Faizal Tahir - Buta Hazama - Majnun Jamal Abdillah - Bahagia Sementara Stephen Rahman - Bertemu Di Syurga Vokal Terbaik Wanita Dalam Lagu Jac - Counting Days Nora - Doa Shila Amzah - Patah Seribu Siti Nurhaliza - I Cry Out Jac - Jagalah Diri Vokal Terbaik Berkumpulan Dalam Lagu Firdaus - Saat Terindah Forteen - Seperti Dulu G84 - Kerana Kasihmu Prince Of Pop - Pergi Jauh-Jauh Ramlah Ram & Sleeq - Sesaat Kau Datang Lagu Pop Terbaik Jac - Sebelah Jiwaku Hype Act - Harapan Shila Amzah - Patah Seribu Yuna - Terukir Di Bintang Jac - Jagalah Diri Artis Baru Terbaik Keroz Nazri Mojo Salam Musik Stephen Rahman The Malayan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik Yuna - Memo Jac - Counting Days Siti Nurhaliza - Stand Up ZE! - Haircut Yuna - Photo Of You
- mD
|