Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Rita Enggan Komen Isu Cinta Murahan Suami, Ada Niat Berhijab

Print E-mail
  
Thursday, 04 October 2012 10:49

..

“Ada macam macam lagi sumber sahih yang bercerita kepada saya tentang perempuan itu dan perempuan ini, tetapi saya malas hendak fikir,” kata Rita Rudaini kepada Utusan Malaysia mengenai gossip cinta suaminya, Aidil Zafuan bersama aktress Jue Aziz yang sedang hangat ketika ini.

Rita menjelaskan lagi yang beliau sebolehnya tidak mahu mengulas lanjut tentang kisah cinta murahan ini dan bimbang apa yang dikatakan menjadi satu salah faham.

Dalam pada itu, pelakon yang dilihat cukup manis bila tampil dengan imej bertudung dan sering menjadi perhatian setiap kali muncul di mahkamah ni menjelaskan dia tampil dengan imej sebegitu sebagai menghormati mahkamah dan tidak menolak yang beliau mempunyai niat untuk kekal bertudung kelak.

“Impian ada. Saya tidak mahu bertudung sebab orang suruh atau sebab keadaan atau hendak menutup sesuatu isu, atau sebab artis", katanya.

 

- mD

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.