|
|
|
Friday, 05 October 2012 00:57 |
.
Tiada ribut tiada angin nama Adira kini terbabit dengan kisah putus cinta si Aliff Aziz yang sebenarnya masih ‘misteri’.
Portal hiburan Murai melaporkan yang satu khabar sampai mengaitkan Adira sebagai punca perpisahan Aliff Aziz dan Anne Ngasri walaupun faktor orang ketiga telah di’tolak awal.
Semua ini berpunca apabila Aliff Aziz dan Adira digandingkan sebagai teraju untuk sebuah drama bersiri berjudul Tiara yang telah disiarkan melalui Astro Prima.
Mungkin sifat playboy masih menebal dalam diri Aliff Aziz, mereka berdua di’katakan telah jatuh cinta di lokasi walaupun ketika itu wujud kisah cinta antara Adira dan AG Coco.
Dan, Aliff Aziz ketika itu sedang bersama Anne Ngasri. Menariknya, Aliff Aziz dan Adira dikatakan telah selesai merakamkan sebuah lagu duet bersama kerana serasi.
Yang pastinya gossip baru ini akan membuatkan Aliff Aziz terus berdiam diri akan semua yang berlaku dan dia kini sedang berehat bersama keluarga di Singapura.
- mD
|