|
Farahanim Rahim
|
|
Friday, 05 October 2012 01:05 |
(dari kiri) Chef Amir, Pengarah Lembaga Koko Malaysia, YBrs. Dr. Lee Choon Hui dan Izatul.
Setelah lima musim berturut selebriti popular Serina Redzuawan diberi mandat mengacarakan program Insprasi Koko, kini musim baru menampilkan wajah baru, Faizatul Akmal @ Izatul Akmal yang diberi kepercayaan mengalas tugas sebagai hos program 13 episod itu. Disamping dibantu oleh Chef Amir.
Inspirasi Koko sebuah rancangan yang memaparkan kepakaran serta pendedahan yang lebih mendalam dan terperinci mengenai aplikasi koko secara berterusan dalam kehidupan seharian.
Menurut penerbit Inspirasi Koko, Kapt (B) Azlan Abdullah, meskipun Izatul belum dikenali tetapi latar belakang yang dimiliki iaitu mempunyai pendidikan dalam bidang masakan dan pastri sedikit sebanyak dapat membantu menghidupkan lagi program tersebut. Selain berdasar rating yang memberangsang setiap musim, Inspirasi Koko diyakini sudah punya pengikut tersendiri.
"Bukan kita tidak mahu pilih selebriti popular sebagai hos musim ini. Cuma selebriti yang sudah dikenali kebanyakannya tidak boleh ikut menjalani penggambaran di merata-rata tempat kerana mereka mempunyai komitmen lain.
"Penggambaran musim ini mengambil masa 30 hari melibatkan 26 lokasi serata negara termasuk di Kelantan, Kuala Kangsar.
"Pemilihan Izatul diputuskan oleh Lembaga Koko menerusi ujibakat yang diadakan. Walaupun dia baru, ada yang boleh di perbaiki lagi. Tambahan dengan kelebihan latar belakang yang dimiliki dalam masakan dan pastri, Izatul dilihat mampu untuk memikul tanggungjawab tersebut", kata Azlan ketika ditemui di sidang media Inspirasi Koko di Restoran Sri Melayu, KL, semalam.
Seperti musim-musim terdahulu, Inspirasi Koko kali ni masih mengekalkan segmen Kreatif Koko dan mewujudkan satu segmen baru iaitu Sajian Koko dengan pendekatan baru melalui segmen Tirai Koko.
Lebih menarik, Inspirasi Koko juga menjelajah ke berberapa sekolah Menengah Teknik dan Vokasional, institusi kulinari, industri kecil dan sederhana (IKS) dan industri perhotelan bagi berkongsi pengetahuan secara khusus mengenai koko, kegunaan, khasiat dan kebaikannya.
Manakala, segmen Kreatif Koko yang merupakan segmen yang sangat popular dan diminati oleh para penonton akan menonjolkan pelbagai aktiviti berasaskan koko terutamanya coklat yang dizahirkan dalam pelbagai bentuk produk kreatif yang sesuai untuk dipraktikkan sendiri serta boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Bersiaran selama 30 minit yang akan bermula pada 7 Oktober ini, musim baru Insiprasi Koko juga bertukar siaran baru iaitu setiap hari Ahad, jam 5 petang di TV2.
- mD
|