Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Foto & Video: Keseksian T-ara Menggoda Lebih 3000 Peminat M'sia!

Print E-mail
Farahanim Rahim   
Friday, 05 October 2012 01:51

..

Mereka funky. Mereka comel. Mereka cantik. Mereka manja. Mereka 'nakal'. Dan... mereka seksi menggoda! Itu gambaran yang boleh diberi kepada ketujuh-tujuh anggota kumpulan idol sensasi T-ara tatkala membuat persembahan di sini, malam kelmarin.

Mengambil tempat Dewan Wawasan, Menara PGRM, KL, sebagai pentas T-ara Showcase Live in Malaysia buat kali pertama, selama 1 jam 15 minit, Ji Hyun, Jeon Boram, In Jung, Ji Yeon, Eun Jung, Qri dan SoYoen memberikan satu persembahan cukup bertenaga berserta tarian penuh menggoda di hadapan lebih 3000 Queen's (gelaran buat peminat) yang sebahagian besarnya peminat lelaki. 

Muncul dengan outfit merah 'polka dot', T-ara membuka tirai persembahan tepat jam 8.30 malam dengan lagu Roly Poly, pantas mengajak penonton berdiri, menyanyi dan menari bersama.

..

..

..

..

..

..

..

..

..

Mencipta suasana intim dengan peminat, sebelum diteruskan persembahan T-ara mengambil kesempatan mengucap salam pertemuan. Sedaya upaya mereka cuba berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Bukan itu saja malah T-ara bijak memikat penonton dengan seskali sekala bertutur dalam bahasa Melayu -"Apa khabar", "Aku Cinta Padamu", "Terima Kasih" antara ayat kerapkali dilaungkan mereka. 

Berselang-seli dengan komunikasi bersama penonton, T-ara terus merancakkan suasana dengan enam lagi rangkaian lagu popular seperti Lovey-Dovey, Bo Peep Bo Peep dan Falling U, Day By Day, Falling U dan diakhiri dengan Sexy Love.

..

..

..

..

..

Corat-coret sepanjang showcase T-ara
- Peminat telah mula membanjir Menara PGRM seawal jam 5 petang dan showcase bermula jam 8.30 malam. Di sebabkan hari kerja, ramai peminat lelaki yang datang masih dengan berpakaian pejabat (sah awek atau isteri mereka tak tahu yang mereka pergi konsert T-ara). Ada juga peminat yang datang bersama keluarga.

- Tak kurang, ada juga yang berpakat memakai baju-t juga topi rasmi T-ara sambil membawa banner, light stick dan placard nama juga gambar anggota kegemaran mereka.

- Ya, fans boy T-ara memang sporting! (fans girl pun sama) Seorang peminat sanggup membotakkan kepala dan mengukir perkataan "T-ara". Seorang lagi peminat dari Morroco sanggup membaling iPhone-nya ke pentas semata-mata mahu anggota T-ara merakamkan (selca) gambar mereka sendiri. Berbaloi telefon tu retak sebab T-ara sudi mengabadikan beberapa shot comel dalam telefon tersebut. Untunglah...

- Bukan saja peminat Malaysia, malahan Queen's dari serata Asia juga sanggup datang semata-mata mahu menyaksikan showcase ini. Antaranya ada yang dari Indonesia, Singapura, Thailand, Jepun dan Morocco.

..

..

..

- Semasa persembahan T-ara agak terganggu disebabkan masalah teknikal pada mic mereka Pada 15 minit pertama persembahan, suara mereka tenggelam timbul. Namun mereka tidak hilang fokus bahkan masih terus menyanyi walaupun terpaksa menjerit.

- Disebabkan majoriti peminat adalah golongan lelaki, gabungan sorakan dan juga jeritan yang kedengaran daripada mereka menjadikan suasananya, bagai menonton bola di stadium.

- Semasa segmen game, T-ara telah memilih dua peminat lelaki dan mereka dicabar menari tarian lagu Roly Poly. Sementara peminat di bawah pentas menyaksikan sambil 'makan hati' apabila kedua peminat tersebut dipeluk oleh gadis-gadis comel ini.

..

..

..

 - SeYoen dilihat lebih banyak berkomunikasi berbanding yang lain. Manakala anggota lain mereka lebih suka membuat reaksi 'nakal' dan comel semasa di pentas. Ji Yeon cuba 'ayat' peminat lelaki dengan mengatakan, "kalau boleh, dia nak tinggal di sini". Apa lagi, peminat lelaki semua menjerit "will you marry me?!!

- Seorang petugas media mengalami kecederaan di kepala apabila dibaling botol air oleh seorang penonton dari arah belakang.

- Meskipun persembahan telah tamat, penonton masih tidak mahu berganjak keluar dari dewan Sewaktu sesi High-5 bersama peminat bertuah, penonton yang lain menyanyikan lagu hari jadi untuk In Jung (yang menyambut hari lahir pada 5 Oktober).

- Peminat sanggup berkumpul dan menunggu selama setengah jam di tempat letak kereta berdekatan dengan van yang dinaiki T-ara bagi mengucapkan selamat tinggal. T-ara meninggalkan Malaysia pagi semalam (Selasa) dan berlepas ke Bangkok untuk showcase di sana.

 

- Foto-foto oleh Cipotredz & video oleh Justcirle

- mD

 

 

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.