Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Melissa Saila Kini Sudah Berhijab

Print E-mail
  
Friday, 05 October 2012 14:56

Melissa Saila kini bersama tiga orang anaknya.Melissa Saila kini bersama tiga orang anaknya.

Alhamdulillah, satu lagi perkhabaran yang diterima membuatkan sejuk hati mendengarnya. Hari ini media melaporkan Melissa Saila terbuka hati untuk berhijab.

Menurut laporan Kosmo!, Melissa Saila telah mengambil keputusan kekal tudung semenjak Jun 2012 dan ia sebenarnya awal dari niat asal.

“Saya pakai tudung sejak bulan enam yang lalu. Sebenarnya saya ingat mahu mula memakai tudung pada bulan Ramadan lepas, tetapi tiba-tiba Allah buka pintu hati terlebih awal”

Melissa Saila turut menyebut yang jika tidak sekarang, bila lagi perlu beliau lakukan perkara wajib ini sedangkan usia beliau sudah pun mencecah 40 tahun ketika ini.

Dalam temubual yang sama, Melissa Saila mengaku yang beliau terkilan dengan segelintir penerbit yang menganggap beliau sudah tidak berminat untuk berlakon sekarang ini.

“Ada juga rasa terkilan sebab mereka tidak panggil lagi saya untuk berlakon. Saya masih seorang pelakon,” ujar beliau yang kini semakin sibuk menguruskan produksi sendiri.

 

- Foto ihsan Berita Harian dan Kosmo!

- mD

 

 

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.