Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Temujanji Istimewa Bersama Scandal Disember Ini!

Print E-mail
  
Saturday, 06 October 2012 09:41

dari kiri: TOMOMI, HARUNA, RINA, MAMIdari kiri: TOMOMI, HARUNA, RINA, MAMI

Kalau anda dengar muzik Jepun, layan band Rock Jepun, betul-betul layan ni? Atau bagi anda penggemar anime, makanya anda sudah boleh melompat keriangan kerana salah satu band Rock wanita terhangat matahari terbit itu, bakal menemui anda Desember ini!

Peluang yang memang tak boleh dilepaskan kerana buat kali pertama, Scandal akan mengadakan konsert live sempena jelajah promosi album terbaru mereka berjudul Queens are trumps-Kirifuda wa Queen, yang akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia oleh Sony Music Malaysia pada minggu 1 November ini.

Lebih istimewa, konsert yang diberi nama Scandal Special Live In Malaysia 2012 ni diadakan bersempena sambutan Ulangtahun yang ke-30 Dasar Pandang Ke Timur antara Jepun dan Malaysia.

Dibawakan oleh Inexnine Comunications Sdn Bhd, konsert J-Pop yang akan berlangsung pada 1 Disember 2012, di KL Live ni dijangka bermula jam 8 malam. Sebelum itu, acara akan menampilkan satu persembahan oleh band tenmpatan juga  turut diadakan pertandingan Cosplay di mana penonton yang datang menyaksikan konsert itu nanti digalakkan berpakaian outfit Cosplay kegemaran anda dan berpeluang untuk memenangi beberapa hadiah hebat semasa pertandingan. Selain peminat bolesh mendapatkan merchandises rasmi Scandal yang turut dijual semasa konsert.

Scandal telah ditubuhkan pada Ogos 2006. Dianggotai empat sekawan dari di Osaka, Jepun. Mereka sering membuat persembahan di Shiroten di Osaka Castle Park. Pada 2008, mereka telah dijemput oleh kementerian budaya Jepun sempena konvensyen Sakura-Con di Seattle, dan kemudian telah menjelajah dan membuat persembahan di enam bandar di Amerika Syarikat

Pada bulan Julai 2008, Scandal meraih 10,000 peminat sewaktu di Expo Jepun di Perancis dan lebih 8,000 peminat sewaktu di Festval Komik Anime di Hong Kong pada bulan Ogos. Sementara pada bulan Oktober 2008, mereka telah me-release-kan Doll, sebagai single pertama.

Impresif, Doll telah menguasai carta lebih 40 stesen radio FM / AM / CS di Jepun. Pada bulan Jun 2009, di-release Shoujo S, dan lagu tersebut berada di kedudukan ke-6 pada minggu pertama pada carta Oricon, dan tangga ke-5 di carta Reco-choku Chakuuta  Pada 21 Oktober, mereka merealese-kan album pertama mereka Best Scandal dan tempat ke-5 pada carta Oricon dalam minggu pertama.

Menerusi sambutan hangat dari satu single ke satu single, Scandal telah dirai sebagai Artis Baru Terbaik dan single ketujuh mereka, “Shunkan Sentimental” telah dipilih sebagai lagu tema siri animasi popular, Fullmental Alchemist.

Scandal terus sukses menerusi album Baby Action yang direlease pada 2011. Sejak itu mereka mula melaksanakan jelajah Asia yang mana konsert pertama mereka di luar Jepun berjaya meraih lebih 2,500 penonton daripada Taiwan, Hong Kong, dan Singapore. Pada Mac 2012 Scandal mengadakan konsert di Nippon Budokan, salah satu venue berprestij di Jepun.

Sekitar Julai lalu, Scandal tampil dengan taruhan single terbaru Taiyou Scandalous. Dan pada 26 September, Scandal me-release-kan single baru Pinheel Surfer sekaligus melancarkan album keempt, Queens are trumps–Kirifuda Wa Queen.

Maklumat lanjut mengenai konsert Scandal Special Live in Malaysia 2012, boleh layari www.ticketpro.com.my atau http://www.scandal-4.com/ atau https://www.facebook.com/events

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.