Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

'KL Gangster' Ungguli Anugerah Blockbuster, Syamsul Bolot RM20,000

Print E-mail
Farahanim Rahim   
Sunday, 07 October 2012 03:35

..

Teka-teki siapakah yang akan mengungguli anugerah Blockbuster telah terjawab apabila menotakan KL Gangster meraih sebanyak 3 trofi di malam kemuncak Anugerah Blockbuster yang berlangsung malam tadi, bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam.

Seperti yang dijangka, Anugerah Filem Terhebat milik filem yang mencetuskan fenomena luar biasa serta pengaruh yang kuat dalam bikinan filem bergenre aksi iaitu KL Gangster.

Anugerah Tuan Direktor Terhebat menyaksikan pengarah muda Syamsul Yusof mengungguli kategori tersebut menerusi karya blockbusternya dengan kutipan RM12 juta, filem KL Gangster. Sekali gus mengenepikan nama-nama besar seperti Ahmad Idham, Yusri Abdul Halim, Osman Ali dan Afdlin Shauki.

Tak cukup dengan itu, Syamsul mencipta kemenangan berganda apabila filem tersebut juga meraih Anugerah Filem Aksi Terhebat.

Melengkapkan kemenangan, filem seram pertama bikinan Syamsul berjudul Khurafat juga dipilih sebagai Filem Seram Terhebat. Dengan hasil 4 kemenangan  tersebut, anak kepada pengarah juga penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam ini membawa pulang sebanyak RM20,000.

Anugerah Hero Terhebat mendapat saingan sengit kerana kehadiran Aaron Aziz dan Shaheizy Sam. Apatahlagi dua aktor berkaliber ini sedia mempunyai ramai peminat. Namun ternyata lakonan Zizan Razak dalam Hantu Bonceng cukup menarik perhatian sekaligus menjadi pilihan pengundi untuk memiliki trofi tersebut.

Kalau heronya Zizan sementara Yana Samsudin menewaskan Lisa Surihani, Tiz Zaqyah dan Maya Karin diangkat sebagai Heroin Terhebat.

Manakala trofi Anugerah Watak Penyangak Terhebat adalah sesuatu yang menarik untuk diperkatakan apabila Fikri Bakar menerusi filem Klip 3GP. Satu nama baru yang menewaskan nama-nama pelakon yang sinonim dengan watak antagonis seperti Rahman dan Jehan Miskin.

Seterusnya Anugerah Hero Baru Terhebat dan juga Heroin Baru Terhebat menyaksikan Shahir dalam lakonan filem  pertamanya, Karak serta Tasha Shila menerusi lakonannya dalam Ratu The Movie mencipta kejayaan.

Anugerah Blockbuster 2012 dianjurkan oleh Penerbit Filem Malaysia (PFM) dengan kerjasama daripada Astro selaku saluran rasmi. Satu kelainan yang cuba ditampilkan oleh anugerah julung-julung kalinya ini ialah ia menggunakan 100 peratus undian daripada peminat dan penonton.

Berikut senarai penuh pemenang Anugerah Blokbuster 2012:

Anugerah Filem Terhebat - KL Gangster

Anugerah Tuan Direktor Terhebat - Syamsul Yusof (KL Gangster)

Anugerah Tuan Direktor Aksi Terhebat - KL Gangster

Anugerah Hero Terhebat - Zizan Razak (Hantu Bonceng)

Anugerah Heroin Terhebat - Yana Samsudin (Bini-Biniku Gangster)

Anugerah Drama Muzikal Terhebat - Nur Kasih The Movie

Anugerah Lagu Filem Terhebat - Ombak Rindu (Ombak Rindu)

Anugerah Hero Baru Terhebat - Shahir (Karak)

Anugerah Heroin Baru Terhebat - Tasha Shila (Ratu The Movie)

Anugerah Direktor Baru Terhebat - M. Suryaa (Sumpahan Puaka)

Anugerah Watak Penyangak Terhebat - Fikri Bakar (Klip 3GP)

Anugerah Filem Kelakar Terhebat - Hantu Bonceng

Anugerah Filem Takut Terhebat - Khurafat

Anugerah PFM - Syamsul Yusof

Anugerah Astro First Terhebat - Kongsi




- mD














 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.