|
|
|
Monday, 08 October 2012 00:48 |
.
Penyanyi Adira Suhaimi, 22, meminta semua pihak tidak mengaitkannya sebagai punca keretakan hubungan cinta penyanyi kelahiran Singapura iaitu Aliff Aziz dan Anne Ngasri.
Memetik kenyataan di mStar online, Adira menegaskan dia tidak terlibat langsung dalam keretakan hubungan pasangan itu dan berharap semua pihak menghormati perasaannya.
Ini berikutan timbul dakwaan kononnya dia menjadi punca hubungan Aliff dan Anne putus apabila mereka berdua dikatakan kononnya telah jatuh cinta ketika bertemu di lokasi penggambaran drama Tiara yang sedangditayangkan menerusi saluran Astro Prima.
Dalam pada itu, Adira berkata, hubungannya dengan Aliff hanya bersifat profesional dan tidak lebih daripada itu dan dia turut hairan bagaimana cerita tersebut tersebar.
Malah, selepas hubungannya dengan AG (Coco) gagal, dia tidak pernah terfikir untuk mencari pengganti sebaliknya lebih selesa menikmati kehidupan solo.
- mD
|