Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Kenapa Malaysia 'Gam' Beyonce, Tapi Beri 'Lampu Hijau' Pada J-Lo?

Print E-mail
Farahanim Rahim   
Monday, 08 October 2012 08:37

..

KUALA LUMPUR: Ketika mendengar berita yang penyanyi Pop sensasi lagi seksi Amerika Syarikat, Jennifer Lopez atau J-Lo buat julung kalinya akan membuat konsert di sini, perkhabaran itu diterima dengan perasaan antara percaya dan... tidak. Terkejut pun ya, sebenarnya.

Pun begitu, dalam pada masih mencuba untuk percaya konsert yang diberi nama Dance Again World Tour Live in Malaysia 2012 ini akan berlangsung pada 2 Disember 2012, di kotak fikiran terbayang pada teman seangkatan J-Lo iaitu diva yang juga cukup terkenal dengan imej seksi, Beyonce Knowles. Mengimbas kontroversi dua tahun lalu, penyanyi bertaraf antarabangsa itu hampir merealisasikan konsertnya Beyonce I Am... World Tour Live in Malaysia 2009 di sini.

..

Namun atas bantahan beberapa pihak berpengaruh gara-gara isu imejnya, konsert tersebut akhirnya dibatalkan di saat akhir.

Walaupun Beyonce tidak berjaya menjejaki tanah Malaya, yang pasti sekarang Malaysia telah membuka pintu untuk Jennifer Lopez. Seperti Beyonce, beliau juga seorang penghibur yang sinonim dengan imej dan gaya persembahan lagu yang seksi.

Memang, setakat ini belum ada lagi suara-suara bantahan daripada mana-mana pihak berpengaruh. Bagaimanapun, sejak hari pertama berita kedatangannya tersebar sudah ada cakap-cakap belakang yang mempersoalkan, apa bezanya penyanyi yang memiliki punggung berinsuran USD300 juta (RM916.2 juta) itu dengan Beyonce? Lagipun, bukanlah namanya konsert J-Lo kalau tidak ada aksi goyang punggung dari ‘hitmaker’ On The Floor ini nanti.

Sebelum ia menyentuh sensitiviti dan cetus kontroversi nanti (harap tidaklah), kami ajukan pada pihak berwajib iaitu Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), meminta penjelasan mengenai hal ini.

Bukan apa, semasa konsert Beyonce dahulu pun macam ini juga, mula-mula kata okay tetapi akhirnya tidak boleh.

..

Melalui penjelasan menerusi kiriman email yang kami terima, Puspal memaklumkan KPKK telah menerima permohonan rasmi daripada Galaxy Group Sdn Bhd iaitu penganjur konsert tersebut pada 16 Ogos lalu.

Kami difahamkan permohonan tersebut telah dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa Puspal (JK-Puspal) pada 28 Ogos, 2012. JK-Puspal telah meluluskan permohonan tetapi tertakluk kepada pematuhan kod etika berpakaian dan gerak laku oleh artis berkenaan semasa persembahan. Seperti mana dinyatakan dalam garis panduan Puspal, penganjur hendaklah memperuntukkan tiket/pas masuk untuk sesuatu persembahan bagi maksud pemantauan oleh JK-Puspal.

Seandainya berlaku sebarang pelanggaran garis panduan Puspal, JK-Puspal akan mengambil tindakan ke atas penganjur. Sebarang tindakan susulan akan diambil oleh agensi kerajaan atau pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkenaan, berdasarkan peruntukan undang-undang masing-masing.

Dengan penjelasan tersebut, kami kira baik pihak penganjur juga pihak pengurusan J-Lo akur dengan syarat-syarat yang ditetapkan dan mungkin boleh juga dibayangkan mereka dengan senyuman menurunkan tandatangan sebagai tanda, mereka berjanji akan patuhi peraturan.

Besar kemungkinan juga, gara-gara artikel ini pihak penganjur akan menggugurkan kami daripada senarai media yang akan dijemput untuk membuat liputan. Bukan niat kami untuk mencetus apa-apa isu, jauh sekali nak mulakan kontroversi. Kami juga suka pergi ke konsert! Cuma, beringat sebelum ada pula nanti pengumuman konsert J-Lo tak jadi. Tak ker kasihan pada mereka yang dah beli tiket nanti.

Sebenarnya, kalau nak diikutkan, ramai juga artis yang berimej seksi telah 'selamat' membuat persembahan di sini. Kalau betul J-Lo boleh mematuhi etika dan peraturan sekaligus menghormati sensitiviti masyarakat negara ini, tak mustahil selepas ni figura seperti Lady Gaga dan Shakira boleh juga beraksi di sini.

Shakira.Shakira.

Lady Gaga.Lady Gaga.

Dalam pada itu, mengulas mengenai boleh dikata hampir setiap bulan ada saja artis antarabangsa bersilih ganti membuat konsert di sini, Puspal memberitahu, Kementerian tidak meletakkan sebarang had bagi penganjuran konsert tetapi sebaliknya menggalakkan penglibatan artis/tenaga kerja tempatan bagi sesuatu konsert.

Itu telah menyebabkan lambakan artis luar negara termasuklah Kpop, Jpop dan lain-lain boleh beraksi di sini.

Berikut dikongsikan sebahagian konsert artis luar negara yang telah berlangsung sejak awal tahun ini serta sebahagian lagi yang bakal diadakan sehingga hujung tahun 2012:

Januari
13  Foster The People Live In Malaysia
18  Avril Lavigne Live in Malaysia 2012 (RM79-RM298)
14  Simple Plan Live in Malaysia (RM98-RM258)
13  Foster The People Live in Kuala Lumpur (RM98-RM188)

Februari
28  Erykah Badu Live in Kuala Lumpur 2012 (RM188-RM488-RMVIP) - dibatalkan!
22  Dashboard Confessional Solo Acoustic Show (RM121-RM141)
18  Gabriel Lynch Live in Kuala Lumpur (RM30 The Bee, Publica, KL)
07  Sepultura Live in Malaysia (RM108-RM148)
24  Evanescence Live in KL

Mac
03  Lee Hom MUSIC-MAN II 2012 Concert Live in Malaysia
04  Joe Brooks Live in Malaysia
16  Jessie J Live in Malaysia 2012 (RM98-RM298)
10  Underoath Live in Kuala Lumpur 2012 (RM108-RM188)
08  The Dillinger Escape Plan Live in Malaysia (RM60-RM90)
23  Twin Towers @live 2012 @ KLCC selama 2 hari (Hari pertama menampilkan SNSD & Nicole     scherzinger)

April
14  Sum 41 Live in Malaysia (KL Live, KL)
29  Avenged Sevenfold Live in Malaysia (RM88-RM258, Stadium Negara)
29  August Burns Red & Blessthefall Live in Kuala Lumpur

Mei
13     Jay Park 'New Breed' Live In KL
19     Kenny G Heart & Soul Live In Malaysia
26     BlOCK B Fans Meeting & Showcase
25-27  Konsert Hari Jutaan Belia yang menampilkan barisan artis KPOP (U-Kiss, Dal Shabet & Teen Top) juga artis-artis JPOP.

Jun
07  Christina Perri Live In KL @ KL Live
14  Maher Zain Live In M'sia 2012
16  TRAIN Live in Malaysia 2012”'
19 ‘The Jason Mraz’ Live In Malaysia
23  MLTR Michael Learns To Rock Live in Malaysia

Julai
14  Fatboy Slim Live In Malaysia
14  Konsert Saalam Samer Yusof (DIBATALKAN)
15  MTV World Stage (Justin Bieber, Jay Park, Kara)

Ogos
(bulan Ramadan & sambutan Aidilfitri)

September
18  The Wanted Live in Malaysia
21  Maroon 5 “Overexposed Tour 2012” Live in Malaysia
29  BIA4 & A Pink Fans Meeting

Oktober
03  T-Ara Showcase In Malaysia
06  Spector Live In Malaysia
12  Lee Hyun Woo Fans Meeting
12  David Guetta Live In Malaysia @ SIC, Sepang
13  Wonder Girls World Tour
21  Michael Bolton Live In KL 
21  Jonas Brothers Live In Concert
23  Kenny Rogers Live In Malaysia
27  Big Bang "Alive Galaxy" Tour In Malaysia
31  Chicago Live In Kuala Lumpur
 
November
02  Lee Seung Gi Live In Malaysia
10  ZE:A Showcase Live In Malaysia

Disember
01  SCANDAL Speacial Live in Malaysia
01  Brian Joo, Alexander & Johnny
02  Jennifer Lopez Live In M'sia @ Merdeka
11  Superjunior M Concert (+ EXO-M)


- mD

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.