|
|
|
Tuesday, 09 October 2012 01:51 |
.
Pelakon Lisa Surihani tidak pernah berniat untuk meminggirkan para peminat yang ingin mendekatinya di sebuah lokasi penggambaran sehingga dituduh sombong.
Memetik kenyataan di mStar online, insiden dia dikatakan enggan bergambar dengan peminat bukanlah sesuatu yang disengajakan kerana ketika itu di sedang menjiwai watak untuk drama Di Mana Hilangnya Juwita di sebuah balai polis sekitar Kuala Lumpur.
Secara jujurnya dia tidak berniat untuk menunjukkan sikap sombong kepada sesiapa pun dan kepada mereka yang terasa hati Lisa memohon maaf.
Bagaimanapun Lisa berkata, dia tidak menyalahkan peminat yang tergores dengan kejadian tersebut dan berharap dapat memenuhi permintaan mereka untuk bergambar pada masa akan datang.
Dalam pada itu, Lisa berkata, semasa kejadian dia turut berasa bersalah kerana terpaksa memilih untuk memberikan tumpuan kepada wataknya kerana tidak mahu menjejaskan masa yang diperuntukkan pihak produksi.
Katanya walaupun produksi tidak kisah jika dia meluangkan sedikit masa untuk bersama peminat tetapi sebagai seorang pelakon dia perlu menghormati masa pihak lain.
- mD
|