|
|
|
Tuesday, 09 October 2012 10:42 |
.
Seperti yang dijangka, penampilan berani Nabila Huda atau Abil di majlis Anugerah Blockbuster 2012 hujung minggu lalu berjaya mencetuskan kontroversi baru untuk dirinya.
Memakai gaun hitam rekaan Alia Bastamam, Nabila Huda berjaya mencuri tumpuan media juga para peminat di karpet merah majlis anugerah anjuran PFM & Astro itu.
Laporan Sinar Harian semalam ada menyebut yang Amy Search berasa terkilan dengan penampilan anak perempuannya itu lebih-lebih lagi Abil bergelar ibu tunggal.
“Memang saya tidak bersetuju dengan penampilannya pada malam itu. Bagi saya designer perlu tahu jenis pakaian yang direkanya serta dia sendiri perlu tahu apa yang dipakainya”
“Seharusnya dia menjaga penampilan & imej, jangan sampai memberi peluang dan ruang untuk orang mengata, menghentam atau menjatuhkan dia,” kata Amy Search.
Tidak kurang pelbagai respons serta reaksi yang diterima daripada peminat mengenai penampilan seksi Nabila yang rata-ratanya mengkritik penampilannya.
Bagaimanapun tinjauan ke atas akaun Twitter mendapati, walaupun penampilannya dikritik, Nabila atau lebih dikenali sebagai Abil tampak tidak terganggu. Abil membuktikan, dia memang berhati kering!
Menjawab pengikut Twitternya, yang mengatakan pakaiannya sebagai 'seksa', seolah-olah menyifatkannya sebagai seksi, Nabila membalas: “hahahaha! Seksa ke? Sponsor tu.. muah kepada anda berdua”.
Semasa menyampaikan anugerah bersama rakan penyampai, Zahiril Adzim, bahagian perut Nabila yang terdedah telah diliputi oleh kain lain yang seakan sama warna dengan gaunnya itu.
.- mD
|