Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Linda Enggan Dedah Tarikh Bakal Dirisik Beego

Print E-mail
  
Tuesday, 09 October 2012 11:56

..

Pelakon Linda Hashim mengesahkan kenyataan Beego, memang benar keluarga aktor itu akan menghantar rombongan merisik dalam masa terdekat ini. Namun buat masa sekarang, pelakon Tanda Putra ni enggan mendedahkan tarikh yang sebenar hari istimewa tersebut.

Memetik kenyataan di Kosmo!, Linda memberitahu dia dan Beego sudah saling mengenali kerana sering berlakon bersama-sama. Pada awal tahun ini, barulah hubungan mereka menjadi bertambah rapat. Pun begitu Linda tetap merahsiakan sejak bila mereka mula bercinta.

Malah sepanjang berkawan dengan Beego, pelakon itu sudah menceritakan segala-galanya tentang apa yang berlaku terhadap dirinya dan bagi Linda itu sudah cukup membuktikan bahawa Beego merupakan seorang lelaki yang baik dan jujur.

BeegoBeego

Keikhlasan Beego untuk berterus-terang membuatkan dia semakin tertarik dan bersetuju menerima diri pelakon yang sering dikaitkan dengan kisah kontroversi itu sebagai teman hidupnya.

Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah pernah bercerai dengan Intan Shahira Mohd. Shahru. Dia juga pernah terlibat dalam pertuduhan khalwat dengan dua kenalan wanita iaitu Azlina Yazit@Aziz dan Hadijah Mohamad Mokhar yang sehingga kini masih belum selesai perbicaraan di mahkamah.

Selain turut digosip menjalinkan hubungan istimewa dengan aktres Rozita Che Wan, meskipun kedua-duanya sudah menafikan perkara tersebut.

Linda juga sebelum ini pernah dihimpit kontroversi, dengan dakwaan dikatakan merupakan seorang lesbian.

Merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun depan (2013), aktres berusia 28 tahun ini juga berkata mereka saling menerima seadanya dan menganggap segala yang pernah terjadi pada Beego sebagai kisah silam. Apa yang penting dia mengharapkan lelaki yang akan menjadi suaminya nanti perlulah seorang yang bertanggungjawab.


- mD










 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.