Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

One Direction Enggan Buat Konsert Di Indonesia Sebab Cetak Rompak

Print E-mail
  
Tuesday, 09 October 2012 13:22

..

Nampak gayanya peminat-peminat One Direction di Indonesia kempunan nak menyaksikan konsert kumpulan pop sensasi British kegilaan ramai ni di negara sendiri. Ini kerana hitmaker What Makes You Beautiful ni menolak untuk membuat konsert live di Indonesia.

Laporan JakartaPost menyebut, meskipun One Direction yakin mereka punya kelompok peminat yang besar di sana, namun mereka tidak berniat untuk mengadakan konsert di Indonesia disebabkan cetak rompak berleluasa di negara tersebut. Alahai kesian peminat...

"Sebab utama membuatkan One Direction tidak mahu datang ke Indonesia kerana mereka mendapat tahu akan gejala CD cetak rompak juga muat turun lagu secara haram berleluasa di sini,", kata Pengarah Urusan Sony Music Indonesia Toto Widjojo kepada media baru-baru ini.

"Jualan album One Direction di sini tidak setinggi sepertimana di Australia", tambah Toto lagi.

One Direction kini dalam rangka promosi jelajah tiga benua iaitu Amerika, Australia dan Eropah.

Kalau tak nak datang Indonesia, mungkin One Direction boleh singgah sekejap di Malaysia. Tak lah jauh sangat jarak Malaysia-Australia. Dan sekalian peminat One Direction di Malaysia, korang memang beli CD original diorang kan?


- mD











 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.