Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Syamsul Sudah Sedia Mahu Bergelar Suami

Print E-mail
  
Wednesday, 10 October 2012 01:38

..

Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof mengakui bersedia untuk meneruskan fasa kehidupannya ke alam rumah tangga selepas melihat kerjayanya dalam bidang seni semakin kukuh.

Menurut pengarah juga pelakon berusia 28 tahun ini, selepas pelbagai kejayaan dan pengiktirafan yang diraih terutamanya sebagai pengarah, hatinya sudah mula terdetik mahu menamatkan zaman bujang dan menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami pula.

Bagaimanapun, Syamsul yang enggan mendedahkan kekasihnya itu menambah, perasaan ingin berkahwin itu sekadar perancangannya sahaja dan berharap ia dapat dilaksanakan secepat mungkin.

"Kita hanya merancang, tetapi semua itu ketentuan Allah. Moga jodoh saya dipercepatkan. Saya harapkan doa daripada semua," ujarnya.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.