Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Jimmy Ceraikan Suhaila Secara Khuluk RM1

Print E-mail
  
Thursday, 11 October 2012 01:04

..

Setelah hampir setahun naik turun mahkamah, akhirnya konflik rumahtangga pengacara juga pelakon Jimmy Shanley Norjahan Saleh menemui jalan penyelesaian apabila  dia menceraikan Nursuhaila Eliani Suhaimy secara khuluk (tebus talak) sebanyak RM1 di Mahkamah Rendah Syariah, semalam.

Memetik kenyataan di Sinar Harian, Jimmy, 32, sah bercerai talak satu dengan Nursuhaila, 24, di hadapan Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bercerai.

Nursuhaila selaku plaintif bersetuju menggugurkan hak tuntutan nafkah edah, mutaah, tertunggak serta hutang. Jimmy juga bersetuju untuk tidak menuntut hutang sesama mereka.

Sejurus selesai prosiding, Jimmy yang bergegas keluar dari mahkamah sempat berkata kepada media bahawa dia terpaksa mungkir janji dengan ibu mertuanya iaitu pengasas produk kecantikan Datin Muniroh Kassim supaya tidak sesekali menceraikan anaknya.

Sementara itu, Nursuhaila bersyukur keranan kemelut rumah tangganya telah selesai.

Sebelum itu, peguam syarie Sa'adiah Din yang mewakili Nursuhaila memaklumkan ada menerima tawaran daripada Jimmy pada Jumaat lalu untuk bercerai secara tebus talak RM1.

Pihaknya bersetuju supaya kes permohonan cerai secara baik mengikut Seksyen 47 yang difailkan plaintif di mahkamah ini ditarik balik. Begitu juga dengan permohonan nusyuz dan kembali taat yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Bagaimanapun permohonan hadanah iaitu hak jagaan anak  yang difailkan Jimmy di mahkamah tinggi akan diteruskan untuk perbicaraan.

Anak perempuan pasangan itu, Zahrah Shanley yang kini berusia setahun berada di bawah jagaan ibunya, namun Jimmy diberikan hak untuk melawat bila-bila masa.

Nursuhaila memfailkan permohonan cerai itu pada 25 Oktober tahun lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Permohonan itu dikemukakan selepas Jimmy dan Nursuhaila, 26, mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober lalu.

Pasangan itu bernikah pada 1 Oktober 2010 dengan mas kahwin RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila pada 31 Januari 1986.

 

- mD









 

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.