Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

KPOP Storm! 9 Artis Popular Berkampung di KL November Ini

Print E-mail
Farahanim Rahim   
Thursday, 11 October 2012 00:25

..

Perhatian! Acara yang paling dinanti-nanti yang menampilkan barisan kumpulan KPOP terhangat masa kini, akan melanda 'pantai' Malaysia! Anda semua diminta bersedia.

 

Shinee, Ukiss, Top Remaja, Blok B, Girls Day, Dal Shabet, NoBrain, D-Unit dan Gwangdae - idola pujaan ramai akan berada di Malaysia untuk konsert WBS: KPop Storm Live in Malaysia pada 6 November ini bertempat di Surf Beach Resort, Sunway Lagoon.

Ini semestinya berita baik kepada para peminat Shinee kerana ini adalah kali pertama kumpulan itu berpeluang untuk melawat Shawol (gelaran fans fanatik) selepas banyak khabar angin mengenai kedatangan mereka. Kini ia akan bertukar menjadi realiti tidak lama lagi.

Ukiss, TeenTop, Blok B, Dal Shabet, mengotakan janji mereka untuk datang kembali ke sini bagi menghiburkan peminat. Dengan album kemunculan semula dan album baru, pasti barisan artis ini akan membuat peminat teruja dengan persembahan mereka nanti.

Sementara barisan rookie seperti Girls Day dan D-Unit, pertama kali bakal menjejakkan kaki ke sini, tentunya akan membuka lebih banyak peluang untuk mereka mendapat peminat baru serta mempamerkan persembahan istimewa kepada peminat. Ini masanya mereka buktikan kehebatan!

Manakala No Brain mungkin baru bagi peminat, tetapi band ini merupakan band Rock Terbaik di Korea. Mereka telah merelease-kan banyak album dan pernah membuat lebih 3000 persembahan di seluruh Korea.

Tak ketinggalan Kumpulan Dwangdae (tak apa kalau kumpulan ni juga asing bagi anda). Menyuntik kelainan, kita bakal diperdengarkan dengan muzik mereka menerusi
alat muzik tradisional Korea.

Daripada muzik tradisional ke muzik Rock dan Pop, acara ini pastinya satu acara terbesar akan berlaku di Malaysia. Sekaligus membawa anda merasai satu pengalaman dunia sebenar K-Pop!

Jadi peminat semua, jangan teragak-agak untuk menjadi sebahagian penonton yang akan menyaksikan persembahan fantastik daripada sembilan artis terhangat ini. Konsert WBS KPOP Storm Live In Malaysia 2012 dibawakan khas oleh Happy Entertaiment dengan kerjasama Mega Ultimate Sdn Bhd.

..

WBS Concert: KPOP Storm Live In Malaysia
Tarikh     : 6th Nov 2012
Masa       : 6.50pm
Tempat     : Surf Beach, Sunway Lagoon, Malaysia

 

..

 

Tiket sudah mula dijual! Maklumat lanjut mengenai tiket boleh layari  http://www.ticketcharge.com.my or call 603 9222 8811

Harga Tiket :  Freestanding,  (RM688) (RM588),  (RM388), (RM133)

Penganjur : http://www.facebook.com/KPopStorm, Happy Entertainment

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 




 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.