Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Kim Soo Hyun Masuk Malaysia Sebagai Pencuri Profesional?

Print E-mail
  
Thursday, 11 October 2012 02:12

..

Kemunculannya menerusi drama popular korea Dream High, menjadi titik tolak Kim Soo Hyun mencuri tumpuan ramai. Kemudian dia tampil sebagai raja dalam drama epik terhangat The Moon that Embraces the Sun, aktor muda ini semakin menambah ribuan peminatnya.

 Anda yang tergila-gilakan Kim Soo Hyun, aktor muda ni hari ini 'datang' ke Malaysia bersama empat lagi rakannya, sebagai pencuri profesional. Tak percaya?

Kim Soo Hyun memengang watak sebagai Zampano dalam filem The ThievesKim Soo Hyun memengang watak sebagai Zampano dalam filem The Thieves

Anda boleh ajak kawan-kawan ke panggung wayang berdekatan rumah anda kerana hari ini tayangan filem aksi terhangat The Thieves (Dodookdeul), yang telah memecah rekod dalam dunia perfileman Korea Selatan sebagai filem terlaris sepanjang masa dan telah ditonton lebih 13 juta penonton (iaitu 13,020,393 penonton).

Sebelum ini rekod dipegang filem The Host yang berjaya menari perhatian 13.019.740 penonton. Tambah hebat, The Thieves mencipta rekod tersebut hanya dalam 70 hari. Sedangkan The Host dulu dalam masa 106 hari.

The Thieves tentang lima pencuri profesional (Popeye, Anycall, Chewing Gum, Andrew dan Zampano) dari Korea Selatan yang tak pernah melakukan kesilapan sepanjang aktiviti curi yang dijalankan. Mereka ditugaskan oleh sang bos untuk bergabung bersama 4 pencuri dari China. Mereka bekerjasama dan berusaha mencuri berlian mahal bernama 'The Tear of the Sun' di sebuah casino di Macau.

..

The Thieves adalah karya arahan Choi Dong Hun. filem ini mengambil lokasi penggambaran di beberapa tempat eksotik di Asia.

Selain Kim Soo Hyun (yang memainkan watak Zampano) salah satu bintang yang akan menjadi penyebab penonton sanggup beratur panjang untuk beli tiket wayang, filem  ala "Ocean's Eleven" versi Korea ni juga turut menampilkan barisan pelakon seperti Kim Yoon Suk, Kim Hye Soo, Lee Jung Jae dan Jun Ji Hyun.


- mD


 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.