Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Artis Dulu-Dulu Lebih Seksi - Nabila Huda

Print E-mail
  
Thursday, 11 October 2012 10:24

..

Masih ramai lagi yang bercakap tentang dia. Selepas kontroversi gaun hitam seksi yang digayakan di majlis Anugerah Blokbuster menjadi bualan hangat, akhirnya Nabila Huda  tampil memohon maaf jika tindakannya menyinggung mana-mana pihak.

“Saya tidak faham kenapa benda ini boleh jadi isu kerana jika hendak dibandingkan dengan artis zaman dulu, penampilan mereka adalah lebih berani daripada saya.
 
“Tetapi saya tidak mahu panjangkan isu ini dan saya minta maaf secara terbuka kepada semua pihak yang tersinggung dengan penampilan saya pada majlis anugerah itu dan selepas ini saya tidak mahu memberi sebarang komen lagi mengenai perkara ini,” katanya kepada Sinar Harian Online.
 
Penampilan Nabila atau nama sebenarnya, Nabila Huda Suhaimi, 28, mengundang kritikan daripada pelbagai pihak termasuk ayahnya sendiri, penyanyi rock terkenal, Amy Search.

..

 

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.