Pak Nil Sebak Ziarah Kamal Affendi, Hulur Sumbangan RM10,000 |
|
|
| Friday, 12 October 2012 01:39 | |||
|
Pengacara popular Aznil Hj Nawawi berasa sebak ketika menziarahi penganalisis jenayah Kamal Affandi Hashim yang sedang menderita penyakit saraf Arteriovenous Malformation(AVM). Memetik kenyataan di mStar, Aznil yang mewakili program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Astro Kasih pada Khamis memberikan sumbangan RM10,000 kepada Kamal bagi meringankan bebannya menampung kos pembedahan sebanyak RM41,820. Kamal mengalami penyakit AVM atau lebihan urat di kepalanya yang mengganggu koordinasi tangan kanan sehingga menyebabkan dia menanggung kesakitan dan pening kepala pada tahap kritikal.
|












.jpg)











