Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

SuJu M, Exo-M & BTOB Gegar KL Disember, Jualan Tiket Sabtu Ini!

Print E-mail
  
Friday, 12 October 2012 01:51

..

Peminat Super Junior-M, EXO-M & BTOB, bersedia untuk merebut tiket anda untuk 2012 Asia Super Showcase in Malaysia!

Tiket akan mula dijual pada 14 Oktober 2012 di Kenanga Wholesale City, Aras LG, bermula jam 12.00 tengah hari sehingga 6 petang . Selepas itu, tiket boleh didapati di seluruh negara melalui cawangan TicketCharge, hotline dan laman web dari 15hb Oktober 2012 dan seterusnya.

Berikut harga tiket untuk konsert Super Showcase Asia Live in Malaysia 2012!

Upper Zone - RM183 (free standing)
Pit Zone - RM283 (free standing)
Super Zone - RM383 (free standing)
VIP - RM600 (tempat duduk bernombor)

Pembeli VIP dan Super tiket Zon berpeluang untuk menjadi pemenang bertuah dapat bertemu dengan mereka. Semua pembeli tiket akan menerima poster edisi terhad dan barangan rasmi. Arahan dan garis panduan mengenai penebusan hadiah akan diumumkan pada satu tarikh kemudian oleh pihak penganjur.

2012 Asia Super Showcase in Malaysia akan berlangsung pada 11 Disember 2012, 8:00 di Kenanga Wholesale City, Aras 15.

Super Junior-M yang dibentuk sejak tahun 2008 dan ahli-ahli terdiri daripada lapan orang ahli iaitu Siwon, Donghae, Ryeowook, Sungmin, Kyuhyun, Eunhyuk, Zhou Mi dan Henry.

SuJu MSuJu M

Sekalian ELF Malaysia (gelaran untuk peminat) telah lama menunggu kepulangan Super Junior-M ke Malaysia selepas kumpulan itu membuat kemunculan pertama mereka pada  tahun lalu sempena Hari Belia Negara Malaysia. Pada hari itu, dijangkakan lebih daripada 30,000 penonton akan hadir untuk menyaksikan persembahan mereka.

Turut tampil EXO-M, terdiri daripada enam anggota iaitu Kris, Xiumin, Lu Han, Lay, Chen dan Tao. Tampil dengan taruhan Mama, menerusi lagu tersebut, artis baru naungan SM Entertainment memenangi banyak anugerah di seluruh rantau ini.

Exo-MExo-M

Artis ketiga ialah tujuh anak budak yang mengelarkan diri mereka BTOB (Born to Beat), terdiri daripada Eun Kwag, Min Hyuk, Sub Chang, Hyun Sik, Peniel, Il Hoon dan Jae Sung.  Artis Cube Entertainment ni sukses mencipta fenomena menerusi single debut mereka berjudul Insane.

BTOBBTOB

2012 Asia Super Showcase Asia In Malaysia dianjurkan oleh Marctensia Concerts dan Universal Music Malaysia dengan kerjasama oleh S.M. Entertainment dan Cube.

Untuk maklumat lanjut, hubungi TicketCharge 03-9222 8811 atau layari www.ticketcharge.com.my, (www.facebook.com/MarctensiaConcerts) (www.twitter.com/marctensia) atau Universal Music Malaysia Chinese (https://www.facebook.com/UMMChinese) (www.twitter.com/UMusicMalaysia).

- mD

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.