Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

NK Okay! Selamat Jalani Pembedahan Kekoyakan 'spine disc'

Print E-mail
  
Friday, 12 October 2012 12:05

..

Kagum kami dengan semangat dan kentalan jiwa bintang Sayang Salmah ini apabila beliau dilaporkan tetap hadir ke lokasi penggambaran drama walaupun terpaksa menahan sakit dan menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Norish Karman atau lebih dikenali sebagai NK ketika ini baru sahaja menjalani ‘L5 S1 Caudal Epidural Injection’ akibat kekoyakan di bahagian spine disc dan tisu yang menyebabkan dia sukar untuk berdiri.

Aktress popular ini bagaimanapun menurut laporan Harian Metro hari ini masih hadir ke lokasi untuk merakamkan babak untuk drama Julia yang sedang bersiaran di TV3 ketika ini.

“Pihak produksi faham, tetapi atas dasar tanggungjawab saya tetap datang ke lokasi kerana hampir setiap episod ada babak membabitkan saya sebagai Zainab dalam drama itu”

“Kalau saya tidak ke lokasi menyiapkan babak saya, ia boleh menyebabkan jalan cerita tergantung,” kata Norish Karman.

Menurut Norish Karman, sakit beliau itu datang secara tiba tiba ketika menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan beliau dan terpaksa duduk sahaja ketika bergambar dengan peminat.

“Penyakit ini, sesiapapun boleh kena kerana ia berpunca daripada tekanan dan kerja keras mengangkat barang berat. Apabila difikirkan semula, mungkin punca sebab silap sendiri,” tambah Norish Karman yang mengakui bekerja keras walaupun di’rumah", katanya.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.