|
|
|
Saturday, 13 October 2012 09:32 |
.
Pelakon Eja yang dipertanggungjawab mengalas tanggungjawab sebagai Tun Dr. Siti Hasmah (ketika dewasa) menerusi Kosmo! hari ini berkata, bohong kalau dia tidak berasa gementar.
Namun dalam masa sama drama terkenal ini teruja saat ditawarkan watak tu kepadanya selepas pengunduran aktres sebelum ini iaitu Sofia Jane. Apatahlagi Eja perlu menjalani latihan kurang sebulan saja lagi dari sekarang.
Pun begitu kata Pelakon Filem Wanita Popular FFM24 dan ASK ini perasaan bercampur baur itu bukan halangan untuk Eja atau nama sebenarnya Siti Shahrizah Saifuddin, 40, melakukan yang terbaik. Dia menerima tawaran itu sebagai mencabar dirinya sendiri juga menyahut cabaran Datin Paduka Ummi Aida selaku penerbit dan Erma Fatima selaku pengarah.
Ini juga adalah pengalaman pertamanya beraksi di atas pentas teater. Sebelum ini, dia pernah menolak beberapa tawaran untuk berlakon teater kerana faktor masa.
Eja juga sudah bersedia untuk ditegur dan dikritik, tetapi minta pelakon ini janganlah ada pihak yang menghentam dirinya. Kata Eja lagi, kalau mahu tegur, biarlah dengan cara yang berhemah.
MD percaya Eja dapat melaksanakan tugas ini dengan baik nanti. Semoga berjaya! Teater Tun Dr. Siti Hasmah akan bermula pada 9 hingga 19 November depan di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
-mD
|