Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Joe Flizzow Nafi Bergaduh Dengan Malique

Print E-mail
  
Monday, 15 October 2012 00:50

..

Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow menyangkal dakwaan hubungannya dengan Malique renggang selepas beberapa tahun tidak muncul dengan album baru bersama menerusi kumpulan Too Phat.

Memetik kenyataan di mStar, Joe berkata, hubungan mereka masih baik malah sering bertemu untuk menghabiskan masa bersama jika mempunyai masa terluang.

Ibarat air dicincang tidak akan putus, itu perumpaan yang dapat digambarkan Joe mengenai hubungannya dengan Malique yang telah dianggap seperti saudara sendiri.

"Saya hormati keputusannya yang ingin membawa haluan sendiri namun kami masih bersama sebagai Too Phat," ujarnya.

Joe menjelaskan, Malique kurang menonjol sejak akhir-akhir ini mungkin kerana ingin memberikan tumpuan kepada keluarganya dan banyak menfokuskan kepada penciptaan lagu untuk artis lain.


Dalam pada itu, Joe berkata dia masih menyimpan hasrat untuk bergabung kembali dengan Malique menerusi kumpulan Too Phat namun masih menunggu persetujuan rakan baiknya itu.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.