Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Tetap Seksi Walau Berbaju Kurung, WG Tawan Hati Peminat M'sia

Print E-mail
Farahanim Rahim   
Monday, 15 October 2012 01:27

Kejutan Wonder Girls. Menyanyi dan menari dengan berbaju kurung, mereka tetap seksi.Kejutan Wonder Girls. Menyanyi dan menari dengan berbaju kurung, mereka tetap seksi.

Ini kali keempat mereka datang ke Malaysia. Dan merupakan kali kedua mereka membuat persembahan dalam skala besar. Menamakan konsert mereka sebagai, Wonder Girls (WG) Wonder World Malaysia Tour 2012, secara keseluruhan boleh dikata, persembahan grup sensasi dari Korea Selatan ini, semakin banyak peningkatan.

Meskipun jumlah peminat yang datang tak penuh satu stadium negara, tapi aksi Yoobin (24), Yenny (23), Sunye (23), Sohee (20) dan Hyelim (20), pada malam Sabtu lalu, cukup menghiburkan kira-kira 4000 peminat. Sebanyak enam kali persalinan, seperkara menarik yang telah terpahat dalam ingatan sekalian yang ada, bilamana WG membuat kejutan-tampil ayu berbaju kurung dan menyanyikan, "pleaseee be my baby... make me your lady...!". Tanpa dipaksa para peminat lelaki bangun dari kerusi dan menjerit tak ingat diri!

..

..

..

Ternyata pengalaman yang dikutip daripada deretan konsert jelajah merata tempat sebelum ini mematangkan Wonder Girls. Sekali gus memberi kelebihan pada mereka mencipta juga mencorak satu persembahan menakjubkan. Barangkali ini yang dimaksudkan Yoobin ketika di sidang media (beberapa jam sebelum konsert), katanya, untuk mengekalkan populariti selain jadi diri sendiri, mereka sentiasa tampil dengan kelainan dan cuba sedaya upaya memikat hati penonton setiap kali membuat persembahan.

Bermula dengan persembahan berlima diiringi muzik dengan suntikan mood balada, rock & roll juga dance-club. Bukan setakat itu, turut diperdengar versi acappella. Seterusnya masing-masing tampil membuktikan kredibiliti secara solo dengan konsep tersendiri, sebelum mereka kembali bergabung suara. Sepanjang itu juga penonton tak kenal erti penat untuk ikut sama-sama mereka menyanyi dan menari.   

Tepat jam 7.30 malam, WG tampil membuka tirai dengan Like This, petikan lagu dari album terkini. Kemudian suasana terus rancak dengan Nu Shoes dan The DJ Is Mine. Malah di pertengahan perjalanan persembahan, grup yang sedia sukses mencipta nama di persada Hollywood ini membiarkan penonton memilih lagu apa yang harus mereka nyanyikan. 

..

Tak lupa, ungkapan "Apa khabar?! kami Wonder Girls!", "Saya rindu kamu!"., "Do you really miss us too?", "We're back!", antara ucapan yang sempat dilaungkan kepada peminat. Boleh berbahasa Inggeris dengan baik, satu lagi kelebihan Wonder Girls lantas memperlihatkan mereka sangat mesra dan seperti kenal rapat dengan penonton.

Antara lagu lain yang melengkapkan konsert mereka dengan lagu seperti 2 Different Tears, Girlfriend, So Hot, Like Money, Hey Boy, Girls Girls, Dear Boy, Be My Baby, Ibabo (This Fool), Tell Me, Wishing On A Star, Girls Night Out, Its Not Love dan lagu lagu, apa lagi kalau bukan Nobody.

Pendek kata, Wonder Girls berjaya mempamer persembahan penuh energetik, vokal yang baik juga mereka bijak ambil hati peminat. Selama lebih kurang 1 jama 45 minit, lima gadis cantik lagi seksi ini sukses mengheret Wonderfuls (gelaran untuk peminat) 'hanyut' dalam 'dunia Wonder World' mereka dan WG berjanji mereka mahu kembali ke sini lagi.

..

..

..

Yenny tampil solo dengan lagu 'Hello To Myself' (OST 'Dream High 2')Yenny tampil solo dengan lagu 'Hello To Myself' (OST 'Dream High 2')

Walaupun terjatuh Yoobin tetap teruskan menyanyi.Walaupun terjatuh Yoobin tetap teruskan menyanyi.

..

..

..

'Act Cool', Lim dengan konsep Hip Hop'Act Cool', Lim dengan konsep Hip Hop

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

 

- Foto-foto oleh Cipotredz

- mD

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.