Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Khairul Fahmi Tinggalkan Kelantan Kerana RM3 juta?

Print E-mail
  
Monday, 15 October 2012 11:29

..

Penjaga gawang skuad bola sepakKelantan dan kebangsaan ini bakal menjadi pemain termahal Malaysia selepas Safee Sali yang mencipta nama di Indonesia.

Dalam laporan Harian Metro hari ini menyebut Khairul Fahmi Che Mat telah ditawarkan sehingga RM3 juta untuk berpindah dari Kelantan walaupun kontrak masih berbaki 3 tahun.

Bayaran RM3 juta itu termasuk RM800,000 sebagai pampasan menebus kontrak beliau kini bersama Kelantan dan khabarnya tawaran itu datang dari negeri Johor.

Khairul Fahmi Che Mat bagaimana pun enggan mengulas lanjut tentang kisah ini selain mengatakan yang beliau masih komited dengan kerjaya beliau bersama pasukan Kelantan.

“Saya perlu menghormati kontrak (bersama pasukan Kelantan) yang masih ada. Saya tidak tahu bagaimana cerita ini timbul dan enggan memikirkannya,” ujar beliau ringkas.

Jika transaksi perpindahan kelab ini benar benar terjadi, Khairul Fahmi Che Mat bakal menjadi pemain tempatan yang termahal selepas Safee Sali yang menerima kontrak RM2 juta daripada kelab bolasepak Pelita Jaya FC.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.