Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Tak Mahu Diganggu! Najwa Gantung Handphone, Twitter & FB

Print E-mail
  
Monday, 15 October 2012 12:35

..

Bintang Youtube, Najwa Latif, 17, memberitahu mulai sekarang dia kini mengambil keputusan drastik mengetepikan semua aktiviti sosial. Sekali gus memutuskan komunikasi dengan setiap laman sosialnya - baik Facebook, Twitter dan Instagram. Malah, telefon bimbitnya juga dimatikan sementara waktu.

Bercakap kepada Berita Harian, tindakannya itu disebabkan mahu memberi perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran. Ini kerana pelantun yang popular dengan lagu Kosong ni bakal menempuhi peperiksaan SPM pada 6 November depan. Najwa mengambil sembilan subjek dengan tempoh peperiksaan dijangka berlangsung selama tiga minggu.

Menurut pelajar jurusan sains Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Temenggung Ibrahim (SMKPTI), Batu Pahat, Johor ini lagi, dia tidak mahu terganggu dengan aktiviti melalaikan. Kata ibunya, Zarina, Najwa berjanji akan kembali aktif dengan aktiviti seni apabila peperiksaannya tamat.

“Selesai peperiksaan, barulah saya akan ke Kuala Lumpur untuk menjayakan persembahan," jelas Najwa yang mengakui masih banyak topik perlu diulang kaji sebelum SPM bermula.

Dalam pada itu menyentuh mengenai perancangan masa depan, Najwa berkata, dia berhasrat menyambung pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan TESL (Teaching English Second Language). MD ucapkan semoga berjaya kepada Najwa!

 

- mD

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.