|
Farahanim Rahim
|
|
Tuesday, 16 October 2012 02:05 |
.
Ikatan pertunangan di antara Farid Kamil, 31, dan Diana Danielle, 21, yang sepatutnya berpanjang selama setahun bakal berakhir dengan majlis pernikahan yang akan berlangsung dalam masa kurang tiga minggu saja lagi.
Farid sendiri mengesahkan yang dia dan tunangnya akan bernikah pada 3 November 2012. Pelakon juga pengarah filem Pe3 ini mengumumkan berita gembira tersebut ketika di majlis tayangan filem arahannya itu, bertempat di GSC Sunway Pyramid, malam tadi.
“Setelah mendapat restu kedua ibu bapa saya, malam ini saya ingin mengumumkan bahawa saya dan Diana Danielle bakal melangsungkan perkahwinan kami pada 3 November ini”
Tak ada apa yang nak dikejutkan kerana kami telah pun berbincang mengenai tarikh ni sebelum kami bertunang lagi. Saya hanya bertindak secara adil dan sengaja pilih hari ini untuk buat pengumuman.
"Allhamdulillah hari ini saya dapat beritahu pada semua media. Kami ucapkan berbanyak terima kasih atas doakan restu peminat selama ini dan berharap majlis kami nanti berjalan lancar", kata Farid Kamil.
Bercerita lebih lanjut mengenai tarikh bersejarah mereka itu, Farid memberitahu pemilihan tarikh tersebut siknifikan dengan bulan ulang tahun kelahiran Diana. Justeru majlis resepsi sebelah pihak perempuan yang akan diadakan di taman tasik hotel Flamingo, Ampang nanti sama satu hari dengan tarikh hari jadi aktres cantik itu yang jatuh pada 21 November.
Kemudian disusuli pula majlis resepsi di sebelah pihak lelaki pada bulan Disember namun Farid berkata, buat masa ini tarikhnya masih belum diputuskan lagi.
Sementara itu, bertanya mengenai konsep, warna serta tema majlis mereka nanti, kata Farid semuanya diserahkan pada bakal istertinya. Malah lokasi majlis ijabkabul mereka sebetulnya Diana yang membuat pilihan.
"Majlis nikah akan diadakan pada sebelah pagi. Mengenai hantaran juga mas kahwin, akan saya umumkan pada hari itu (majlis nikah) nanti.
"Kami bercadang nak reka dan tempah sendiri baju nikah sebab ia merupakan hari bersejarah bagi saya dan pasangan. Tambahan majlis kami nanti sangat berlainan dengan majlis kahwin yang pernah kita semua saksikan sebelum ini", ujarnya.
Sebelum ini, pasangan tersebut membuat kejutan apabila bertunang secara rahsia pada 1 September lalu.Majlis yang diadakan di Damansara dekat sini itu dilakukan secara sederhana dan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Diana dan Farid menyulam cinta selama tiga tahun dan hubungan mereka pernah putus tetapi disambung semula.
- mD
|