|
|
|
Tuesday, 16 October 2012 08:45 |
.
Ya benar, suara penyampai radio popular Fara Fauzana tak sedap kalau menyanyi tapi wanita yang lebh mesra disapa Fafau ni telah berjaya mengalahkan Dato' Siti Nurhaliza.
Tapi bukan lah dipentas nyanyian, sebaliknya penyanyi nombor satu negara itu terpaksa akur dengan kehebatan Fafau di gelanggang badminton.
Penyampai Hot FM sekaligus merangkap pengacara Nona ni bersama penyanyi Dato’ Siti telah menyahut cabaran untuk beradu tenaga dalam perlawanan Badminton Liga Persahabatan Bintang anjuran Majalah Lisa yang diadakan pada Jumaat lalu.
Perlawanan yang bermula tepat jam 4.30 petang itu dihadiri penyokong kuat daripada “TeamCT” dan “TeamFF” yang memberikan sorakan padu dan tepukan gemuruh dalam perlawanan sengit itu.
Macam mana Dato' Siti boleh kalah ni? Ada juga yang berpendapat Fara Fauzana berjaya memenangi pertandingan tersebut kerana kelebihan yang dimilikinya iaitu kudrat 'orang bujang'. Heh? Apapun, tahniah kepada Fafau.
.
- mD
|