Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Fida Masih Berkawan Dengan Mamat

Print E-mail
  
Tuesday, 16 October 2012 09:57

..

Sebelum ini dia pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelawak Mamat Sepah pada tahun lalu, tetapi kini kisah cinta mereka sudah berakhir dan tinggal menjadi sejarah buat mereka berdua.

Bercakap kepada Kosmo hari ini, Fida Ibrahim, 26, berkata walaupun tidak lagi menjalinkan sebarang hubungan istimewa dengan pelawak berkenaan, Fida menyatakan hubungan mereka sekarang tidak lebih daripada seorang kawan.

"Rasanya tidak salah kalau kami terus berkawan seperti biasa, meskipun dia sekarang merupakan bekas kekasih saya. Lagipun tidak guna kalau kami terus bergaduh dan bermusuh.

"Sekarang ini kami lebih selesa dalam hubungan sebagai kawan dan apa yang berlaku antara saya dan Mamat dahulu biarlah menjadi pengalaman dan pengajaran yang berguna," kata pelakon drama Runtun Qalbu ini.

Mamat.Mamat.

Mengenai status dirinya sekarang setelah menafikan pernah mendirikan rumah tangga, pelakon berkenaan menyatakan dia sekarang masih lagi tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki.

"Biarlah saya beri lebih tumpuan kepada kerjaya sekarang memandangkan rezeki dalam bidang seni semakin banyak. Lagipun, jadual harian saya bertambah padat kerana kini saya sudah mula berjinak-jinak dengan nyanyian dan baru sahaja menghasilkan single terbaharu," ujar Fida yang juga baru selesai penggambaran klip video single  terbaharunya, Apo Kono Eh Jang.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.