Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Baggio Nyaris Maut Semasa Terima Rawatan Akibat Denggi

Print E-mail
  
Wednesday, 17 October 2012 02:21

Baggio dan isterinya, Nelly.Baggio dan isterinya, Nelly.

Penyanyi dan pelakon Baggio (Damsutra) yang menghidap deman denggi nyaris kehilangan nyawa apabila klip saluran cecair intravena yang dicucuk ke tangannya tercabut tanpa disedari sehingga mengakibatkan pendarahan serius.

Dalam laporan mStar Online menyebut, Baggio atau nama sebenarnya Bahagia Daharun, 41, berkata, insiden itu berlaku ketika dia tidak sedarkan diri akibat tindak balas ubat yang dimakannya ketika dirawat di Hospital Pakar Ampang Puteri dekat sini kira-kira dua minggu lalu.

“Insiden itu terjadi pada malam ketiga saya ditahan di Hospital Pakar Ampang Puteri. Selepas memakan ubat batuk, saya berasa sangat mengantuk dan tidur lena sehingga saya tidak sedar klip saluran intravena yang dicucuk ke tangan saya tercabut.

“Malangnya, keadaan itu turut tidak disedari isteri saya Nelly yang menemani saya, sehingga darah mengalir keluar dengan banyak dan mengancam nyawa saya,” katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi itu menghidap demam denggi pada awal bulan ini dan ditahan di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang selama seminggu selepas tiga hari mengalami demam.Selain Baggio, anak lelakinya Danial Sufi, 5, turut dimasukkan ke hospital yang sama kerana penyakit berkenaan.

Kata Baggio, menurut cerita isterinya, semasa kejadian itu pihak hospital terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan bagi menstabilkan semula keadaan dirinya yang berada dalam kritikal.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.