Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Linda Onn Elak Kahwin Suami Orang

Print E-mail
  
Wednesday, 17 October 2012 10:13

..

Penyampai radio popular, Linda Onn tidak meletakkan sebarang sasaran bila dia harus menamatkan zaman bujang, tetapi wanita berusia 34 tahun ini amat berharap dalam masa terdekat.

Bercakap kepada Kosmo! penyampai radio Suria fm ni berkata dia bukanlah seorang wanita yang cerewet dalam mencari calon suami. Malah tidak meletakkan sebarang piawaian yang ketat namun syarat utamanya, lelaki itu haruslah bukan suami orang.

"Rasanya semua wanita ingin elakkan mengambil suami orang, itu syarat yang paling penting. Selain itu, saya mencari lelaki yang sedap mata memandang, baik hati budi, beragama dan rapat dengan keluarga," katanya.

Ahli pernigaan berjaya ini juga memberitahu dia ada berkawan dengan beberapa orang (lelaki), tetapi perhubungan itu belum ke tahap serius. Katanya, bukan tidak mahu bercinta, tetapi selepas apa yang pernah berlaku terhadapnya sebelum ini, membuatkan dia lebih berhati-hati.

"Saya akui bimbang jika dikecewakan dan harus bersedih lagi kerana lelaki. Kalau boleh saya tidak mahu menangis lagi, cukuplah dengan apa yang saya sudah lalui," ujarnya.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.