Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Ada Pihak Putar Belit Kenyataan Hans - Lofa

Print E-mail
  
Thursday, 18 October 2012 11:17

..

Gosip cinta antara Neelofa dan Hans Isaac nampaknya menjadi topik paling hangat minggu ini. Sewaktu bertemu di majlis sidang media Anugerah Skrin 2012 semalam, Neelofa sekali lagi di asak mengenai status hubungannya bersama Hans dan diminta untuk memberi komen mengenai kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh aktor kacak itu kepada sebuah media, kelmarin.

Bidas aktres yang mesra disapa dengan panggilan Lofa ni, kenyataan pertama yang dikeluarkan oleh Hans Isaac menerusi media tersebut, yang kononnya mengakui hubungan mereka kini serius adalah tidak benar. Pelakon cantik ini turut mendakwa kenyataan Hans telah disalah tafsirkan dan ditokok tambah oleh pihak media terbabit.

“Sebelum ini Lofa dah banyak bagi komen. Apa yang dikeluarkan oleh Hans adalah tak patut. Lofa juga tak mahu komen apa-apa dan sudah tiba masanya untuk Lofa zip mulut. Lofa tak nak mengiakan atau menidakkan sebarang kenyataan itu.”

“Masa pertama kali kenyataan tu keluar, kami tengah buat proses ‘dubbing’ untuk filem ‘Lemak Kampung Santan.’ Jadi masa sesi temubual tu berlangsung, Lofa ada dekat sebelah Hans dan Lofa dengar semuanya. Sebab tu la Lofa tak nak bising-bising sangat pasal isu tersebut. Lofa tau apa yang Hans cakap dan apa yang betul atau apa yang tidak.”

Tegas Lofa lagi, bahawa mereka hanyalah kawan dan dalam proses untuk mengenali hati budi masing-masing.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.