Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Tuntutan Suami Melampau! A.Aida Mohon Fasakh

Print E-mail
  
Thursday, 18 October 2012 16:51

A.Aida bersama peguam syarie, Zulkifli Che Yong (Foto dipetik dari mStar).A.Aida bersama peguam syarie, Zulkifli Che Yong (Foto dipetik dari mStar).

Pelakon A. Aida menyifatkan tuntutan suaminya Deputi Superintenden (DSP) Suffian Sulaiman terhadap beberapa perkara sebelum bersetuju untuk bercerai secara baik adalah keterlaluan dan melampaui batas.

Memetik kenyataan di mStar Online, A.Aida selaku plaintif terpaksa menarik balik persetujuannya sebelum ini untuk berpisah secara baik dan akan mengemukakan permohonan fasakh terhadap Suffian.

A.Aida juga berkata dia dan suaminya tidak dapat mencapai persetujuan secara baik walaupun beberapa siri perbincangan telah dilakukan melalui peguam dan beberapa draf cadangan telah dikemukakan tetapi masih tidak mendapat kata sepakat. Oleh itu, hari ini dia menarik balik permohonan cerai secara baik dan akan memfailkan fasakh.

Penerbit drama Halimah Jongang itu bagaimanapun enggan mendedahkan tuntutan tersebut.

Beliau hadir di Mahkamah Syariah Jalan Duta bersama peguam syarienya, Zulkifli Che Yong bagi menarik semula permohonan sebelum ini iaitu untuk berpisah secara baik dan mengemukakan permohonan baru iaitu membubarkan perkahwinan melalui fasakh.

A. Aida A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 42, berkahwin dengan Suffian yang bertugas sebagai Ketua Unit Perhubungan Korporat, Jabatan Logistik, Bukit Aman Kuala Lumpur, pada 20 April 2007.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Rahul yang kini berusia empat tahun.

Suffian yang merupakan sorang duda sebelum ini turut mempunyai beberapa orang anak hasil perkahwinan terdahulu.

Sebelum berkahwin dengan Suffian, A. Aida pernah bernikah dengan bekas vokalis kumpulan Spring iaitu Ameng pada tahun 1994 dan berpisah pada tahun 2003.

Hasil perkahwinan itu mereka mendapat dua orang anak iaitu Wan Az Aleesa, 16, dan Wan Azevanatassha yang berusia 11 tahun.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.