|
|
|
Friday, 19 October 2012 01:26 |
.
Beberapa hari lalu timbul satu satu gosip mengatakan kononnya, penyanyi Saida bakal berkahwin dengan penerbit drama berstatus duda.
Menerusi kenyataan di MH online, kakak kepada penyanyi nombor satu negara ini menyangkal dakwaan tersebut di samping menitipkan 'pesanan' kepada penyebar gosip tersebut supaya menjaga diri sendiri dan jangan sesuka hati menulis cerita tanpa usul periksa. "Kepada penulis atau pemberitahu (sumber) itu, sila jaga diri sendiri. Buat apa hebohkan cerita orang lain yang tidak benar sama sekali. "Jangan sesuka hati melaporkan cerita tanpa usul periksa dan bertanya terlebih dahulu", kata ibu tunggal beranak empat ini. Saida juga berkata, tiada guna dia membaca cerita yang dikeluarkan, kerana akan membuatkan dia berasa sakit hati. Jadi dia memilih untuk mengabaikan sahaja. Saida percaya Tuhan sudah mengatur jodoh seseorang. Jika benar dia sudah mempunyai pasangan dan ke arah untuk berkahwin, dia bersedia untuk berkongsi dengan umum." Saida dan bekas suami, Mohd Ghazali bernikah pada 14 Disember 1996 kemudiannya bercerai pada 7 Oktober 2011. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan empat anak, Siti Nuruunnyssa, 14, Anas, 12, Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5.
- mD
|