|
|
|
Friday, 19 October 2012 01:33 |
.
Dalam pada kita semua menantikan perkhabaran hari bahagia si pelakon juga penyanyi ni memengang status sebagai isteri, alih-alih timbul cerita kurang sedap didengar, Elly Mazlien dkatakan seperti 'menyembunyikan sesuatu' daripada pengetahuan umum mengenai dirinya kini.
Ramai sudah tahu dia merupakan tunangan kepada seorang pengarah drama serta filem, Azmi Mohd Hata, 37. Mereka sepatut melangsungkan perkahwinan pada awal Februari lalu namun tarikh itu ditunda ke bulan Disember ini. Kesibukan mereka pada komitmen masing-masing, punca perkahwinan mereka ditangguhkan.
Namun satu tanya timbul apabila pihak media menyedari yang penyanyi yang popular dengan lagu Bukan Mengungkit Tapi Membangkit ini tidak memakai cincin pertunangan, ketika mengahdiri satu majlis baru-baru ini. Kenapa agaknya?
Memetik laporan di murai.com.my, Elly yang ditemui pihak media ketika di majlis tersebut, menjadi serba salah saat media mengajukan pertanyaan mengenai hal (cincin) itu.
Laporan portal tersebut turut menyebut lebih ironik apabila Elly Mazlein seolah-olah enggan bercerita lebih lanjut berkenaan tunangnya, apatah lagi untuknya memperkatakan soal perancangan perkahwinan mereka berdua, meskipun sudah lebih setahun mengikatkan tali pertunangan.
Pun begitu, Elly berkata bagi sesiapa yang mengenali dirinya, dia adalah seorang yang memang tidak suka berkongsi hal peribadi dengan sesiapa. Dalam apa juga hal sekalipun biarlah dia pendamkan dulu.
Tambahnya, bila tiba masa yang sesuai barulah saya umumkan kepada semua. Perkara yang sama juga saya lakukan ketika ingin bertunang dulu.
Sementara itu berkenaan cincin yang tak ada di jari manisnya, itu kerana dia terlalu tergesa-gesa untuk menghadiri majlis tersebut. Jadi dia tak sempat menyarungkan cincin tunangnya itu.
Jelas Elly lagi, dia tidak pernah meletakkan tempoh tertentu untuk disatukan dengan pengarah drama dan filem berkenaan. Bagaimanapun dia redha, bila tiba masa dan waktunya, pasti mereka berdua akan disatukan tanpa sebarang desakan daripada sesiapa mahupun keluarga terdekat.
- mD
|