|
|
|
Friday, 19 October 2012 01:50 |
.
Teraju utama filem Awan Dania The Movie, Scha Al Yahya memberitahu bukan saja tertekan apabila namanya dan suami, Awal Ashaari menjadi bualan selepas dituduh mencuri pakaian yang bernilai RM2,000 di sebuah gedung pakaian jenama terkenal. Malahan reputasinya benar-benar menjejaskan reputasinya dan Awal walaupun mereka tidak melakukan perkara terkutuk itu.
Memetik kenyataan di mStar Online, si isteri berkata dia keliru kerana ada yang mengatakan dia yang mencuri pakaian jenama itu. Kemudian dalam satu berita lain, ada pula yang mengatakan suaminya (Awal) yang melakukan perbuatan itu.
Kata Scha, perkara tersebut benar-benar membuatkan dia tertekan kerana namanya sudah tercalar.
"Saya pening sebenarnya. Ada yang mengatakan saya yang mencuri pakaian jenama itu dan ada yang kata Awal yang melakukan perbuatan itu.
"Walaupun saya tahu untuk orang mempercayai penjelasan saya sangat sedikit, tetapi saya mahu katakan bahawa saya tidak melakukan perkara terkutuk itu, tidak mungkin", katanya kepada portal tersebut.
Pada September lalu, timbul gosip mengenai seorang pelakon terkenal yang dijemput menghadiri majlis pembukaan sebuah gedung pakaian telah mencuri beberapa helai pakaian yang bernilai RM2,000.
Selepas pelbagai spekulasi timbul, pasangan suami isteri itu dituduh mempunyai kaitan dengan gosip tersebut. Mereka dikatakan telah menjual semula pakaian tersebut di kedai milik mereka.
Beritahu Scha lagi, dia telah berjumpa dengan pengurusan gedung pakaian itu dan meminta pihak terbabit untuk membuat satu kenyataan khas bagi menjelaskan situasi sebenar.
Bahkan dia sendiri ada bertanyakan kepada pihak gedung itu sama ada benar kes kecurian itu berlaku? Tetapi jawapan yang diperolehi daripada pihak tersebut, mereka katakan tidak ada.
Justeru Scha turut meminta pihak gedung berkenaan untuk melakukan sesuatu kerana nama mereka suami isteri sudah tercalar, namun kata Scha mereka (gedung itu) enggan membuat sebarang penjelasan secara formal kerana menganggap tiada sebab untuk mereka berbuat demikian.
- mD
|