.
Reda dari kisah kontroversi baju seksi, Nabila Huda dihimpit kembali dengan gosip yang belum berkesudahan - kisah hubungan cintanya dengan pelakon Johan As'ari. Terbaru, pasangan ini pula dikatakan putus cinta kerana mendapat tentangan keluarga Johan.
Tidak seperti yang dikhabarkan (mereka bergaduh), baru-baru ini sewaktu berlangsungnya majlis sidang media Anugerah Skrin 2012, Nabila dan Johan datang beriringan. Pasangan yang turut menjadi tumpuan lensa kamera kerana outfit fantasi sedondon mereka itu, seperti biasa nampak cukup mesra.
Bagaikan sudah dapat mengagak soalan apakah yang mahu diajukan padanya, anak kepada penyanyi lagenda Rock, Amy Search, ni pantas berkata yang dia dan pelakon Juvana itu, masih berkawan baik.
"Macam yang saya cakap sebelum ini lah, kami tak gaduh. Laporan pelbagai pihak yang menulis tentang semua itu. Saya pun jadi hairan sebab, tak bosan ker pihak berkenaan bercakap tentang itu dan ini yang memang tidak ada kebenarannya. Kami okay jer! Seperti yang pernah saya cakap sebelum ni, kami kawan baik. Penat dah cakap banyak kali, kami best friend, best friend. Kami tak pernah gaduh pun. Cuma kadang-kadang kami sibuk dan tiada masa nak jumpa. Itu saja.
"Saya harap pihak media tutup lah cerita pasal kami bergaduh ker bercinta ker. Dah boring lah... Dah dekat setahun dah ni. Saya dah bosan dah.
“Saya tak faham macam mana orang boleh buat cerita yang saya dan Johan putus cinta sedangkan antara kami tak ada sebarang hubungan pun terjalin selain hanya kawan baik. Daripada situ boleh dinilai sama ada cerita yang tersebar tu betul atau tidak. Kelakarlah. Dan orang-orang yang edarkan cerita sebegitu adalah orang yang tak berfikiran bijak”, kata Nabila dengan nada tegas.
Mengenai hubungan mereka mendapat tentangan keluarga Johan, Nabila memberitahu cerita itu juga sama sekali tidak benar. Namun Nabila mengakui dia pernah berjumpa keluarga Johan sebelum ini, tapi itu pun sejak lama dulu. Kini dia sudah lama tidak menemui keluarga Johan.
“Tak logik keluarga Johan tak terima saya sebab bila masa saya balik kampung dia? Raya hari tu jer dia ada ajak saya balik kampung dia, tapi saya saya tak ikut sebab saya ada banyak perkara nak buat ketika tu. Lagi pun sudah lama saya tidak menemui mereka (keluarga Johan)”, katanya.
Dalam pada itu tatkala ditanya apakah dia akan sekali lagi tampil seksi di karpet merah ASK 2012 nanti sama sepertimana dia tampil di Anugerah Blockbuster lalu, Nabila menjawab,
"Apa yang berlaku itu, sekali tu jer lah. Ia tak akan berulang lagi. Saya pun belum tahu lagi baju yang macam mana pereka saya akan reka nanti. Saya pun dah minta maaf dan saya harap perkara ini tidak diperbesarkan lagi.
"Sebenarnya tak ada apa-apa perkara yang perlu digembar-gemburkan pun. Semuanya okay. Cuma orang jer yang suka ambil satu benda tu jadi isu besar, jadi kontroversi, maka ia jadi besarlah.
"Saya tak tertekan langsung dengan apa yang berlaku sebab saya faham itu kerja masing-masing. Pada saya, asalkan orang tak kacau periuk nasi saya, cukup. Kalau ganggu periuk nasi saya, saya akan ambil serius tentang perkara itu.
"Saya sedar, ada orang suka kita, ada orang tak suka kita. Semua itu normal dalam industri. Pada saya, saya dah lali sebab saya dah lalui banyak peringkat. Dan saya rasa banyak orang dah kenal saya, mereka lebih kenal diri saya sejak dari belasan tahun hingga lah sekarang saya berusia 28 tahun. Jadi, masih ada benda buruk lagi ker yang anda nak pertikai tentang saya? Bagi saya, orang patut gembira dengan saya, sebab saya tak hipokrit. Apa yang orang nampak saya selama ni, itu lah saya", ujarnya dengan panjang lebar.
- mD