Remy Terkejut Sebab Kantoi Keluar Dengan Maya |
|
|
| Friday, 19 October 2012 09:45 | |||
|
Pelakon kacak Remy Ishak mengakui terkejut dan tidak menyangka tindakannya menikmati makan malam bersama aktres Maya Karin baru-baru ini menjadi perhatian sehingga mencetuskan spekulasi. Memetik kenyataan di mStar Online, Remy berkata, perkara itu tidak patut diperkatakan dan menjadi isu kerana pada hakikatnya dia dan Maya berjumpa sebagai rakan sahaja.
Pada malam Rabu lalu, mereka dilihat sedang menikmati makan malam di sebuah restoran makanan Jepun, bertempat di pusat beli-belah The Curve, Mutiara Damansara. Difahamkan, kemesraan dua pelakon itu ketika menjamu selera menimbulkan spekulasi bahawa hubungan mereka yang pernah diperkatakan sebelum ini kembali bertaut.
Lantas timbul spekulasi kemungkinan tulisan Remy itu ditujukan kepada Aqasha, dan seperti menguatkan lagi dakwaan kerana deskripsi akaun pelakon Dejavu Di Kinabalu itu ada menulis dirinya sebagai ‘penggemar rahsia’.
- mD
|











.jpg)


.jpg)
















